UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK)
Menilai tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan murid-murid tahun 5 dalam bidang pengajian Al-Quran, Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah) , Sirah, Adab ( Akhlak Islamiyah), Jawi dan Khat dan Asas Lughatul Quran.
BIDANG-BIDANG YANG DINILAI
- Al-Quran.
- Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadat ).
- Sirah
- Adab (Akhlak Islamiyah )
- Jawi dan Khat
- Asas Lughatul Quran
- Penghayatan Cara Hidup Islam.
- Amali Solat
BENTUK PENILAIAN
Bentuk Lisan : Al-Quran
Bentuk Amali : Amali Solat
Bentuk Lisan & Pemerhatian : Penghayatan Cara Hidup Islam
Bentuk Penulisan : Ulum Syariah ( Aqidah dan Ibadah )
Sirah
Adab (Akhlak Islamiyah)
Jawi dan Khat
Asas Lughatul Quran
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
- Belajar KAFA sekurang-kurangnya 3 tahun.
- Mengikut Kurikulum KAFA.
- Murid tahun 5 KAFA berumur 11 tahun ( mengikut tahun semasa ).
- Berdaftar untuk menduduki UPKK.
TARIKH PELAKSANAAN
Pelaksanaan UPKK hendaklah dijalankan mengikut takwim penilaian (Ditentukan oleh JAKIM).
Pelaksanaan yang tidak mengikut takwim dianggap batal.
PUSAT UPKK
Bagi penilaian lisan , amali dan pemerhatian (Al-Quran, Amali Solat dan Pengahayatan Cara Hidup Islam) hendaklah dibuat di sekolah / kelas masing-masing.
Bagi penilaian bertulis (Rujuk 3.4 ) hendaklah dibuat di sekolah/kelas. Sekiranya tiada kemudahan hendaklah dibuat di pusat khas yang ditetapkan oleh Setiausaha Peperiksaan Negeri.
PENGENDALIAN PENILAIAN
Penilaian setiap subjek peperiksaan bertulis dan lisan akan dikendalikan oleh penilai yang dilantik pihak pelaksana KAFA Negeri. Penilai subjek peperiksaan Amali Solat dan Penghayatan Cara Hidup Islam akan dikendalikan oleh guru-guru murid yang dinilai.
Ketua Penilai hendaklah dilantik disetiap daerah untuk menyelaras dan mengendalikan penilaian peperiksaan. Penilaian setiap subjek akan dibuat mengikut takwim UPKK tahun penilaian.
SIJIL
Sijil UPKK hanya diberi kepada calon-calon yang menduduki semua mata pelajaran yang dinilai









