Home info THiJARI: Deposit dan semak baki Tabung Haji

THiJARI: Deposit dan semak baki Tabung Haji

68
0

THiJARI adalah kaedah terbaru  yang telah dilaksanakan oleh bank Tabung Haji  untuk memudahkan pemegang akaun Tabung Haji membuat transaksi dan semakan melalui online dengan hanya menggunakan laptop, telefon bimbit ataupun tablet. THiJARI  juga telah  mula dilaksanakan  pada  5 Januari 2020 pada hari rabu.

Kelebihan THiJARI

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Banyak kelebihan pennguna jika ia mendaftar  THiJARI . Antaranya ialah pengguna  boleh membuat semakan melalui online, membuat pindahan wang, semakan status pendaftaran Haji dan juga urusan pendaftaran Kelab TaHa/Taha@U

Antara cara-cara untuk mendaftar THiJARI ialah :

  • pengguna hanya perlu klik laman web thijari.com.my
  • kemudian masukkan no kad pengenalan dan no akaun Tabung Haji.

Setelah itu pendeposit perlu memasukkan no telefon bimbit dan juga mengisi  butiran peribadi seperti kata nama, kata laluan, nama pengguna dan juga negeri  terkini.

Setelah selesai mendaftar dengan menggunakan step yang di atas, pendaftar sudah boleh menggunakan service  tersebut.

Cara membuat transaksi THiJARI mudah sahaja. Contohnya jika anda ingin membuat pindahan wang menggunakan tabung haji;

  1. Pergi ke laman web utama thijari.com.my
  2. Di sini pengguna akan diberi option atau pilihan hanya untuk membuat internal transfer iaitu pindahan wang dari tabung haji sendiri ke akaun tabung haji sendiri yang lain atau pindahan wang dari tabung haji sendiri ke tabung haji pihak lain. Pindahan wang dari akaun tabung haji ke akaun bank yang lain dan sebaliknya adalah tidak dibenarkan.
  3. Klik bahagian Pindahan Simpanan TH.
  4. Kemudian paparan akan menunjukkan borang untuk pemindahan. Di sini pengguna boleh memilih untuk memindahkan wang daripada mana-mana akaun tabung haji sendiri jika mempunyai lebih daripada satu akaun.
  5. Kemudian pilih akaun yang anda inginkan untuk dipindahkan wang sama ada akaun TH persendirian, kegemaran atau pihak ketiga.
  6. Masukkan nombor akaun; sebagai contoh nombor akaun pihak ketiga jika ingin pindahkan kepada pihak ketiga, dan masukkan jumlah wang yang ingin dipindahkan.
  7. Masukkan rujukan penerima dan tarikh anda ingin melakukan pindahan. Kemudian anda boleh klik pindahan ulangan jika ingin menjadualkan pindahan anda kepada akaun tabung haji tertentu. Kemudian pindahan anda telah selesai setelah memasukkan no tac yang akan dihantar ke nombor telefon anda untuk pengesahan.

[pdf-embedder url=”https://www.pendidik2u.my/wp-content/uploads/2021/10/THIJARI.pdf”]

Semoga artikel kali ini memberi manfaat kepada anda untuk memahami cara pendaftaran dan melakukan transaksi menggunakan THijari.

Untuk memuat turun aplikasi THiJARI, sila ke “App Store” yang berkenaan.

Play Store (Android User):

  1. Sila taip “THiJARI MY” di ruang carian.
  2. Tekan “THiJARI MY”.
  3. Tekan butang “Install” untuk muat turun.
  4. Anda sudah boleh menggunakan aplikasi THiJARI.

App Store (iOS User):

  1. Sila taip “THiJARI MY” di ruang carian.
  2. Tekan “THiJARI MY”.
  3. Tekan butang “Install” untuk muat turun.
  4. Anda sudah boleh menggunakan aplikasi THiJARI.
     

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

Perkhidmatan yang ditawarkan dalam sistem aplikasi THiJARI di telefon bimbit adalah sama seperti laman sesawang THiJARI. 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here