Home info Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)

98
1

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) merupakan suruhanjaya bertindak sebagai Pihak Berkuasa Melantik dalam perkhidmatan pelajaran dengan menjalankan tugasnya mengikut Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan, iaitu:

  • Melantik calon ke jawatan tetap, kontrak atau sementara dalam perkhidmatan pelajaran.
  • Mengesahkan dalam perkhidmatan anggota yang dilantik tetap.
  • Meluluskan pemberian taraf berpencen ke atas anggota yang dilantik tetap dan disahkan dalam perkhidmatan.
  • Menaikkan Pangkat: Kawalan kenaikan pangkat dalam perkhidmatan pelajaran.
  • Meluluskan pertukaran pelantikan atau pertukaran perkhidmatan.
  • Menjalankan kawalan tatatertib: Berperanan sebagai Pihak Berkuasa Tatatertib dan Lembaga Rayuan Tatatertib perkhidmatan pelajaran.

SPP ditubuhkan pada 1 Januari 1974 melalui Akta A193 dan P.U.(B) 556/1973 hasil daripada syor yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Diraja Aziz untuk bertindak sebagai Pihak Berkuasa dalam perkhidmatan pelajaran yang menjalankan fungsinya mengikut Perkara 144 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Sehingga kini keanggotaan SPP ditetapkan seramai 13 orang yang diketuai oleh Pengerusi dan dibantu oleh urus setia yang diketuai oleh seorang Setiausaha. Semua Anggota SPP dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

SPP merupakan Pihak Berkuasa Melantik (PBM) bagi anggota Perkhidmatan Pendidikan dalam urusan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, kemasukan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, kenaikan pangkat, pertukaran pelantikan/pertukaran tetap perkhidmatan dan kawalan tatatertib.

SPP menjalankan kuasanya melalui mesyuarat-mesyuarat seperti Mesyuarat Suruhanjaya tentang urusan pelantikan, perkhidmatan, kenaikan pangkat dan tatatertib, Mesyuarat Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan Mesyuarat Lembaga Rayuan Tatatertib.

Laman Web SPPhttps://www.spp.gov.my/

Apakah jawatan yang boleh saya pohon di SPP?

  1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG29 dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 untuk berkhidmat di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM);
  2. Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH29 dan PPPT Gred DH41 untuk berkhidmat di Politeknik dan Kolej Komuniti di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM);
  3. Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) untuk berkhidmat di mana-mana agensi di bawah KPM iaitu jawatan berikut:

i. Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi) Gred N17;

ii. Penyelia Asrama Gred N17 ;

iii. Pembantu Pengurusan Murid Gred N17 ;

iv. Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N17 ;

v. Pembantu Makmal Gred C17 ;

vi. Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17 ;

vii. Pembantu Operasi Gred N11 ; dan

viii. Pemandu Kenderaan Gred H11

Semua permohonan jawatan di bawah SPP boleh dilakukan secara sepanjang masa . Permohonan boleh dikemukakan melalui portal JobsMalaysia di www.jobsmalaysia.gov.my.

SPP juga telah melancarkan Aplikasi MyMobile SPP, sebuah aplikasi android yang menyediakan perkhidmatan bagi memudahkan pengguna untuk membuat capaian semakan terhadap perkhidmatan yang diberikan secara pantas dan effisen di smartphone anda.

4 Semakan yang boleh dibuat melalui aplikasi ini iaitu:

  • Modul Semakan Status Permohonan
  • Modul Semakan Panggilan Temuduga
  • Modul Semakan Keputusan Temuduga
  • Modul Semakan Urusan Perkhidmatan

Muat turun aplikasi ini di: MyMobile SPP

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here