Sukacita dimaklumkan, YB Menteri Kanan Pendidikan telah membuat pengumuman bahawa sekolah akan dibuka semula pada 24 Jun 2020. Tempoh masa sehingga tarikh tersebut
merupakan jangka masa kritikal untuk pihak sekolah membuat persediaan rapi dengan
sewajarnya.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan Surat Siaran KPM
Bilangan 5 Tahun 2020: Garis Panduan Pembukaan Semula Sekolah Kementerian Pendidikan
Malaysia bertarikh 4 Jun 2020 sebagai rujukan kepada semua institusi pendidikan termasuk Kolej
Vokasional dan Kolej Tingkatan Enam (6) di bawah KPM dan Institusi Pendidikan Slvasta yang
berdaftar dengan KPM.

KPM juga telah membuat ketetapan berkaitan pergerakan guru ke tempat bertugas
melalui Surat Pemakluman Mengenai Arahan Kepada Guru Kembali Ke Tempat Bertugas
bertarikh 4 Jun 2020. Pengetua dan Guru Besar (PGB) perlu memberikan pertimbangan kepada
guru untuk kembali ke tempat bertugas dan melaksanakan tugasan di sekolah. Ketetapan
ini selaras dengan Arahan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Bilangan 2 Tahun 2020: Garis
Panduan Pengoperasian Pejabat Jabatan Perkhidmatan Awam Bagi Tempoh Semasa Dan
Selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat bertarikh 6 Mei 2020.

Kehadiran guru ke sekolah sebagai penjawat awam adalah tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 t(P.U.(A) 395/1993)) dan peraturan-peraturan lain yang dikeluarkan dad semasa ke semasa. Ketidakpatuhan terhadap peraturan dan arahan ini
membolehkan tindakan tatatertib diambil oleh Ketua Jabatan. .

Kehadiran semua guru ke sekolah mulai 7 Jun 2020 (Sekolah Kumpulan A) dan 8 Jun 2020 (Sekolah Kumpulan B) adalah atas arahan PGB untuk melaksanakan pelbagai
tugasan. Antaranya ialah;

(a) Membuat persiapan agar sekolah bersedia sepenuhnya untuk menerima kehadiran semua murid secara berperingkat. Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) khususnya berkaitan amalan penjarakan sosial, penjagaan kebersihan dan mengelakkan penularan jangkitan COVID-19 mesti diberi keutamaan;

(b) Menyediakan bilik Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), makmal, bilik guru, kantin,
asrama dan semua keperluan mudd di sekolah yang mematuhi sepenuhnya Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah.

(c) Merancang PdP melalui pendekatan yang bersesuaian berdasarkan model sesi persekolahan yang sesuai bagi sekolah berkenaan:

(d) Menyediakan bahan PdP yang lebih efektif untuk semua murid sama ada yang hadir
ke sekolah mulai 24 Jun 2020 (murid kelas peperiksaan) atau murid lain yang meneruskan sesi pembelajaran di rumah;

(e) Merancang strategi PdP pada peringkat panitia untuk murid yang belajar di rumah.

(f) Melaksanakan PdP dengan memaksimumkan semua kemudahan yang terdapat di
sekolah;

(g) Mengadakan perbincangan dan perkongsian antara guru di sekolah berkaitan PdP yang berkesan;dan

(h) Melaksanakan tugasan-tugasan lain yang diarahkan oleh PGB.

SOALAN LAZIM (FAQ)
BERKAITAN DENGAN PERGERAKAN GURU KEMBALI KE SEKOLAH

A. DALAM TEMPOH 9 HINGGA 23 JUN 2020

1. Adakah semua guru perlu berada di tempat bertugas selepas tamat Cuti Pertengahan Tahun pada 7 atau 8 Jun 2020?

Ya, selaras dengan arahan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui surat Pemakluman Mengenai Arahan kepada Guru Kembali ke Tempat Bertugas bertarikh 4 Jun 2020.

2. Bagaimanakah jika guru mengalami masalah untuk kembali ke tempat bertugas?

Guru hendaklah memaklumkan dan mendapatkan pertimbangan Pengetua/Guru Besar jika menghadapi masalah pengangkutan dan kesihatan yang menyebabkan mereka tidak boleh kembali ke tempat bertugas.

3. Adakah semua guru perlu hadir bertugas di sekolah bagi membuat persediaan sebelum pembukaan semula sekolah?

Ya. Semua guru termasuk guru sekolah menengah dan sekolah rendah perlu hadir bertugas apabila diarahkan oleh Pengetua/Guru Besar bagi melakukan persediaan pembukaan sekolah.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


4. Apakah yang akan berlaku sekiranya guru gagal untuk ke sekolah dan menjalankan tugas yang diarahkan aleh Pengetua/Guru Besar?

Guru ialah peniawat awam yang tertakluk pada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam 1993 [PUA 395/93]

5. Adakah guru perlu melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam tempoh persediaan sebelum sekolah dibuka semula?

Ya. Guru perlu melaksanakan PdP.

B. MULAI 24 JUN 2020

6. Adakah semua guru di sekolah menengah dan sekolah rendah perlu hadir bertugas di sekolah walaupun hanya murid kelas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang hadir ke sekolah?

Ya, seperti yang dijelaskan dalam soalan 1, semua guru perlu hadir bertugas
di sekolah untuk melaksanakan tugasan seperti yang diarahkan oleh Pengetua/Guru Besar.

7. Apakah tugas guru yang tidak terlibat dengan kelas peperiksaan?

Guru perlu melaksanakan home-based learning sepanjang tempoh tersebut. Pendekatan PdP boleh dipelbagaikan dengan akses kepada kemudahan-kemudahan yang ada di sekolah. Pendekatan home-based learning iniĀ  termasuk pengguanaan pelantar pembelajaran digital, percetakan kerja sekolah untuk murid dan lain-lain. Guru juga boleh membantu dari segi PdP bagi kelas untuk murid bagi kelas peperiksaan apabila perlu dan diarahkan dari semasa ke semasa di samping tugas-tugas lain yang berkaitan.

8. Adakah guru yang berimuniti badan yang rendah boleh bekerja dari rumah?

Bagi tujuan bekerja dari rumah, guru berimuniti badan yang rendah hendaklah mengemukakan surat permohonan berserta dokumen sokongan kepada Pengetua/Guru Besar untuk pertimbangan selanjutnya.

9. Bagaimanakah kehadiran guru bagi sekolah dua sesi?

Kehadiran guru bagi sekolah dua sesi bergantung pada perancangan Pengetua/Guru Besar. Pengetua/Guru Besar boleh mengekalkan kehadiran guru hadir dua semi atau mengatur jadual kehadiran semua guru termasuk guru sesi petang untuk hadir ke sekolah pada sebelah pagi dengan mengambil kira aspek penjarakan sosial.

10. Bagaimanakah dengan kehadiran guru yang menghadapi masalah anak di bawah umur 12 tahun atau anak Orang Kurang Upaya (OKU) disebabkan oleh penutupan taska atau pusat jagaan kanak-kanak OKU, terutamanya apabila kedua-dua pasangan terpaksa bekerja?

Pengetua/Guru Besar boleh memberikan pertimbangan untuk guru bekerja dari rumah ataupun secara penggiliran jika guru berkenaan dalam kategori pasangan suami isteri yang bekerja, mempunyai anak berusia 12 tahun ke bawah atau anak berstatus OKU dan memerlukan penjagaan berterusan.

Walau bagaimanapun, bagi pasangan suami isteri yang merupakan penjawat awam, hanya seorang (1) sahaja yang boleh menggunakan kemudahan bekerja dari rumah pada satu-satu masa sehingga sekolah atau pusat jagaan dibuka semula.

11 . Adakah guru boleh membawa anak ke sekolah jika menghadapi masalah?
Tidak boleh. Guru hendaklah berbincang dengan Pengetua/Guru Besar untuk mempertimbangkan keperluan bertugas di sekolah secara penggiliran dan fleksibel.