Semakan tawaran penempatan kemasukan ke Tingkatan Empat (4) Sekolah Berasrama Penuh (SBP), KPM bagi Tahun 2018 akan dibuka mulai 20 Januari 2018 hingga 13 Februari 2018. Kepada mereka yang telah membuat permohonan untuk ke SBP bolehlah membuat semakan.
Laman Web Semakan Penempatan SBP
| https://sst4.moe.gov.my/semakan_sbpt4/index.cfm |
Panduan untuk membuat semakan adalah seperti berikut:
Bukan laman web semakan SBP di atas tadi, kemudian masukkan No. Kad Pengenalan dan Angka Giliran.
Pastikan ia sama seperti yang terdapat di Slip Pendaftaran PT3 Calon.
Sekiranya anda mempunyai masalah untuk membuat semakan, anda boleh menghubungi talian berikut:
03-83217400
Berikut merupakan senarai Sekolah Berasrama Penuh yang menempatkan Pelajar Tingkatan 4, beserta laman web sekolah.
| BIL | NEGERI | SBP | ALIRAN | LAMAN WEB |
| 1 | Kuala Lumpur | SMS Alam Shah | Sains Tulen | http://asiskl.org |
| 2 | SMS Seri Puteri | Sains Tulen | http://seseri.edu.my | |
| 3 | Selangor | Kolej Islam Sultan Alam Shah | Sains Tulen Agama /Agama Ikhtisas | http://kisas.edu.my/ |
| 4 | Negeri Sembilan | SMS Tuanku Munawir | Sains Tulen | http://www.saser.edu.my |
| 5 | SMS Perempuan Seremban | Sains Tulen / Sains Sosial | http://www.sgs.edu.my/ | |
| 6 | Johor | SMS Muar | Sains Teknikal | http://www.sainsmuar.edu.my/ |
| 7 | Terengganu | SMS Kuala Terengganu | Sains Sosial | http://www.sester.edu.my/ |
Sekolah Pelajar Lelaki: SMS Alam Shah dan SMS Tuanku Munawir
Sekolah Pelajar Perempuan: SMS Seri Puteri dan SMS Perempuan Seremban
Apa yang perlu dibuat sekiranya murid berjaya mendapat tempat di SBP?
- Murid yang berjaya perlu mencetak surat tawaran SBP dan lampiran yang disertakan.
- Kesemua lampiran perlu diisi dengan lengkap dan diserahkan kepada pihak sekolah semasa hari pendaftaran.
- Sekiranya maklumat tidak lengkap/tidak benar, pihak sekolah berhak untuk tidak mendaftarkan/menolak pendaftaran tersebut.
| Pakej aliran mata pelajaran yang ditawarkan kepada murid Tingkatan Empat (4) SBP | ||
| SAINS TULEN B. Melayu B. Inggeris Sejarah Pend. Islam / Pend. Moral Matematik Matematik Tambahan Fizik Kimia Biologi |
SAINS TULEN AGAMA B. Melayu B. Inggeris Sejarah Matematik B. Arab Pend. AlQuran dan Sunnah Pend. Syariah Islamiah Matematik Tambahan Fizik Kimia Biologi |
SAINS TEKNIKAL B. Melayu B. Inggeris Sejarah Pend. Islam / Pend. Moral Matematik Lukisan Kejuruteraan Teknologi Kejuruteraan / Asas Kelestarian Kejuruteraan Matematik Tambahan Fizik Kimia |
| AGAMA IKHTISAS B. Melayu B. Inggeris Sejarah Matematik Sains B. Arab Pend. AlQuran dan Sunnah Pend. Syariah Islamiah Prinsip Perakaunan Ekonomi Asas Matematik Tambahan |
SAINS SOSIAL B. Melayu B. Inggeris Sejarah Pend. Islam Matematik Sains Prinsip Perakaunan Ekonomi Asas Matematik Tambahan |
|
Bolehkah menukar kos yang telah diberikan?
Tidak boleh menukar aliran SBP.
Bolehkah menukar penempatan SBP yang telah ditawarkan?
Keputusan adalah muktamad, sebarang pertukaran tidak dibenarkan.
Sekiranya tidak berjaya, klik pada e-rayuan melalui laman web tersebut.
Semoga info dan maklumat ini memberi manfaat kepada anda semua, tahniah kepada yang berjaya mendapat tempat, gunakan peluang yang ada ini sebaik-baiknya.









