Home Berita Semakan elaun: Tuntutan Cuepacs dibincang minggu ini

Semakan elaun: Tuntutan Cuepacs dibincang minggu ini

65
0
Kuala Lumpur: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, akan membawa tuntutan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), bagi menyemak semula elaun kakitangan awam ke Kabinet pada Rabu ini.
Timbalan Perdana Menteri berkata, kali terakhir elaun berkenaan dikaji ialah 14 tahun lalu.
Beliau berkata, selain itu, tuntutan supaya Majlis Perundingan Gaji Kebangsaan untuk sektor awam juga akan dibincangkan.
“Saya rasa tuntutan-tuntutan CUEPACS ini munasabah seperti elaun-elaun kakitangan awam yang difahamkan sudah tiada semakan selama 14 tahun.
“Saya akan ingatkan Menteri Sumber Manusia (Datuk Richard Riot Jaem) untuk membawakan kedua-dua tuntutan itu untuk dibincangkan dalam Kabinet Rabu ini,” katanya semasa berucap merasmikan Konvensyen Kongres Tritahunan CUEPACS ke-27 di sini hari ini.
Turut hadir Richard, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib dan Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda.
Sumber: Harian Metro

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here