Kementerian Pendidikan Malaysia menafikan dakwaan berita yang mengatakan sekolah akan dibuka pada 4 Mei 2020, ia tersebar sejurus Perdana Menteri mengumumkan PKPB Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang bermula 4 Mei 2020.

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Dr. Habibah Abdul Rahim menjelaskan Kementerian Pendidikan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung pembukaan sekolah seperti yang dilaporkan.
Seperti yang dimaklumkan Menteri Pendidikan Dr. Mohd Radzi Jidin KPM akan mengumunkan 2 Minggu awal sebelum sekolah dibuka.
Selain daripada itu, terdapat juga maklumat dari beberapa orang guru yang mengatakan mereka disuruh hadir ke sekolah untuk bermesyuarat.

Perdana Menteri telah menjelaskan sekolah belum boleh dibuka, dan kebenaran untuk merentas negeri belum lagi dibenarkan. Hasil tinjauan mendapati 40% guru tidak berada di negeri tempat mereka mengajar, ini berikutan mereka telah pun pulang ke kampung semasa awal cuti sekolah sebelum PKP lagi.
Oleh yang demikian, sekiranya ada yang memanggil guru supaya hadir ke sekolah untuk bermesyuarat ia sebenarnya tidak relevan.
KPM sebenarnya telah mengeluarkan garis panduan pembelajaran di atas talian dan juga mewujudkan semula TV Pendidikan untuk mereka belajar di rumah terutamanya untuk mereka yang tidak mempunyai talian internet.









