Sekolah Perlu Ditutup Jika Bacaan IPU Melebihi 200

    25
    0
    Disebabkan negara kita telah dilanda masalah jerebu dan kualiti udara semakan hari semakin tidak sihat pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan media bagi memberikan pendedahan dan panduan kepada sekolah dan ibu bapa berkenaan aktiviti di luar bilik darjah terutamanya bagi kawasan-kawasan yang bacaan IPU tidak sihat.
    Berikut adalah kenyataan media dari Kementerian Pendidikan Malaysia:
    Kenyataan Media KPM Jerebu
    KENYATAAN AKHBAR
    BERKAITAN PENJAGAAN MURID SEMASA FENOMENA
    Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memandang serius akan perkembangan keadaan jerebu yang melanda negara ketika ini dan sentiasa memantau status terkini bacaan IPU kawasan-kawasan yang bacaannya melebihi 100. Pihak sekolah perlu menghubungi ibu bapa  murid-murid yang menghadapi masalah kesihatan semasa di sekolah akibat fenomena jerebu serta merujuk kepada Pejabat Kesihatan Daerah atau klinik kesihatan berdekatan.

    Berdasarkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan pihak sekolah perlu memberhentikan segala aktiviti-aktiviti luar bilik darjah bila bacaan IPU melebihi 150.  Kawasan di mana bacaan IPUnya melebihi 200 sekolah-sekolah perlu ditutup. Pihak Guru Besar dan Pengetua perlu memaklumkan kepada pihak Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri sekiranya sekolah perlu ditutup.
    Semua Guru Besar dan Pengetua diingatkan supaya sentiasa memantau bacaan IPU di kawasan masing-masing melalui aplikasi telefon bimbit MyIPU atau melalui laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (www.doe.gov.my). Pihak pentadbir sekolah perlu akur kepada Surat Siaran yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia berkaitan jerebu bertarikh 7 Ogos 2013 (Rujukan: KP/KPPM/7/(18)) dan juga surat siaran berkaitan Langkah Penjagaan Kesihatan Murid Semasa Cuaca Panas ( yang telah dikeluarkan pada 26 Februari 2014 (Rujukan: KP(BPSH-SPDK)201/005/02Jld.5 (31) yang masih berkuatkuasa.
    Kementerian Pendidikan Malaysia
    14 September  2015

    SUMBER: Laman Web Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

    Printer Brother

    Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

    Baju Tidur Perempuan Paling Murah

    Baju Tidur Perempuan Paling Murah

    Baju Kurung Kedah

    Baju Kurung Kedah

    Baju Kurung Murah

    Baju Kurung Murah

    Baju Kurung Widuri Cantik

    Baju Kurung Widuri Cantik

    Telefon Pintar Infinix 5G Murah

    Telefon Pintar Infinix 5G Murah

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here