Sasaran Kerja Tahunan adalah elemen penting dalam Sistem Penilaian Prestasi pegawai Perkhidmatan Awam. Aktiviti penting proses penyediaan Sasaran Kerja Tahunan iaitu Perancangan Tahunan Jabatan, Penetapan Rancangan Kerja Bahagian/Cawangan/Unit, Penetapan Sasaran Kerja Tahunan dan Petunjuk Prestasi bagi setiap pegawai, Pelaksanaan Kerja dan Pengesanan, Kajian Semula Pertengahan Tahun dan Penilaian Pencapaian Kerja perlu dilaksanakan dengan teliti dan teratur. Ini membolehkan penilaian prestasi pegawai dilaksanakan dengan objektif, adil dan telus.
Pada tahun ini Sasaran Kerja Tahunan SKT perlu diisi secara online di dalam HRMIS 2.0, Pegawai Yang Dinilai PYD bertanggungjawab melengkapkan borang online tersebut dan perlu disahkan oleh Pegawai Penilai Pertama PPP. Disebabkan perkara ini masih lagi baru, ramai yang belum mahir menggunakan borang online ini.
Pengisian SKT Online sebenarnya tidaklah serumit yang anda sangkakan, pertamanya anda hendaklah telah mendaftar terlebih dahulu di dalam HRMIS ( https://hrmis2.eghrmis.gov.my ), pendaftaran boleh dilakukan oleh Pembantu Tadbir yang menjadi Admin di tempat kerja atau sekolah anda.
Setelah anda mempunyai ID dan Password barulah boleh login ke Hrmis 2.0 dan mengisi maklumat lengkap yang diperlukan. Anda perlu isi sendiri kerana banyak maklumat peribadi yang anda sendiri sahaja tahu.
Untuk pengisian SKT secara Online, anda boleh rujuk Panduan Mengisi SKT Online di pautan di bawah: DOWNLOAD
Bagi mereka yang ingin mendapatkan contoh Sasaran Kerja Tahunan SKT Online Hrmis boleh dapatkan di pautan berikut:
>> Contoh Sasaran Kerja Tahunan SKT Online Hrmis [ Buat Duit Dari Rumah]
Like Us At Facebook : PENDIDIK2U
Like Us At Facebook : PENDIDIK2U
Sila isi emel untuk dapatkan SKT Online
Delivered by FeedBurner
Sila semak emel anda untuk buat comfirmation subscription.