Menteri Kanan Pertahanan Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan Kementerian Pendidikan Malaysia belum mengarahkan guru hadir bertugas.

Walaubagaimanapun sekiranya ada guru yang sukarela ingin hadir ke sekolah, ia bukanlah arahan yang dikeluarkan KPM.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Arahan bertugas timbul apabila ada PGB yang telah mengarahkan guru-guru untuk hadir bertugas dan membuat mesyuarat persediaan Pasca PKP.

KPM akan mengumumkan tarikh persekolahan 2 minggu sebelum sekolah bermula.

Ia akan dimulai dengan Pelajar Kelas Peperiksaan iaitu Tingkatan 5 dan 6, iaitu yang ingin menduduki SPM dan STPM.

Seperti mana kita sedia maklum, KPM telah mengumumkan peperiksaan UPSR dan PT3 dibatalkan tahun tahun ini.

Semoga kita berjaya memutuskan rantaian Covid-19 yang melanda dunia khususnya di negara kita.

Amalkan norma baharu, jaga jarak sosial. Kita jaga kita.