Home Berita Sekolah dicadang bentuk group WhatsApp Ibu Bapa

Sekolah dicadang bentuk group WhatsApp Ibu Bapa

3
0

PONTIAN 8 Mac – Setiap sekolah di Benut, dekat sini dicadangkan membentuk kumpulan WhatsApp atau Telegram disertai guru dan ibu bapa pelajar bertujuan memudahkan penyampaian maklumat atau memberitahu sebarang perkara yang berlaku di sekolah.

Whatsapp ibu bapa

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, penubuhan kumpulan aplikasi sosial itu wajar kerana lebih pantas, berkesan dan selari tuntutan zaman.
“Kumpulan media sosial se­perti WhatsApp atau Telegram seperti ini akan memaklumkan segala perkembangan yang berlaku di sekolah, dalam bilik darjah dan sebagainya.
“Keadaan ini berbeza 20 atau 30 tahun yang lalu, ibu bapa ha­nya mendapat tahu aktiviti atau program di sekolah melalui surat siaran yang diberikan kepada anak masing-masing,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Pontian kali ke-28, di sini baru-baru ini.


Yang turut hadir Guru Besar SK Bandar Pontian, Buhari Japri, Yang Dipertua PIBG SK Bandar Pontian, Hasrunizah Hassan dan Naib Yang Dipertua PIBG sekolah tersebut, Mohd. Ezral Abd. Jabar.
Hasni berkata, terpulang kepada pentadbir sekolah untuk membuat keputusan tetapi mereka harus sedar media sosial kini menjadi sebahagian alat komunikasi yang penting ketika ini. Sementara itu, beliau berkata, bagi ibu bapa yang mahu memberikan pandangan mereka boleh berbuat demikian menerusi saluran seperti Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB).
Jelasnya, saluran itu akan memberikan lebih ruang untuk berinterkasi, bertukar panda­ngan dan pendapat demi kebaikan antara pihak sekolah dan ibu bapa pelajar.
“Contohnya isu koperasi sekolah, kelas tambahan, waktu tamat persekolahan dan keselamatan pelajar yang dibangkitkan ibu bapa menunjukkan keperihatinan mereka terhadap sekolah.
“Walaupun kecil pada pandangan kita, ibu bapa merasakan perkara itu perlu diberikan perhatian supaya persoalan dibangkitkan dapat diselesaikan,” ujarnya.
UTUSAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here