Home Berita Guru Aktif Kutuk Kerajaan Dinasihat Berhenti Daripada Perkhidmatan

Guru Aktif Kutuk Kerajaan Dinasihat Berhenti Daripada Perkhidmatan

70
0
Guru yang aktif dalam mempromosi pembangkang dan asyik memburukkan kerajaan dinasihatkan berhenti daripada perkhidmatan.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata setiap kakitangan awam sepatutnya sedar bahawa mereka terikat dengan peraturan yang ditetapkan dalam Perintah Am dan tindakan mengkritik hingga berbaur fitnah tidak sepatutnya berlaku.
Petikan Astro Awani
“Jika dia masih lagi guru kemudiannya naik pentas hingga menghentam kerajaan…bagi syarahan, lepas tu ada unsur fitnah dalam tu…saya ingatkanlah elok kalau dia meninggalkan profesion dia.
Jika dia duduk dalam ni (kerajaan) dan hentam kerajaan…saya rasa tidak sihatlah. Bukan saya kata kita tutup demokrasi tetapi pegawai kerajaan tertakluk kepada perkhidmatan awam, ada pekeliling dan perintah am,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas sesi dialog bersama warga pendidik mengenai dasar-dasar utama Kementerian Pendidikan di Taman Tamadun Islam di sini.
Mahdzir berkata hanya sebilangan kecil daripada 435,000 guru di seluruh negara yang dikesan terlibat secara aktif dengan pembangkang dan pihaknya sedang memantau perkara tersebut.
“Saya rasa guru bukan menyokong pembangkang…tetapi mereka melahirkan rasa tidak puas hati dengan kerjaya mereka untuk kerajaan betulkan dan sebagai tindak balas atas rasa tidak puas hati itu…kerajaan akan membuat pemantauan untuk perbaiki.
Kerajaan akan sentiasa berusaha dan saling membantu bersama sokongan guru. Saya nasihatkan agar mereka jangan keterlaluan. Kalau hendak tular pun fikir dulu,” katanya.
– BERNAMA
Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here