Kementerian Pendidikan Malaysia mengarahkan sekolah, universiti, kolej dan institusi lain di bawah bidang kuasanya untuk berhenti melanggan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.

Sebuah memo berhubung perkara itu dikeluarkan melalui Wan Saiful Wan Jan yang merupakan penasihat khas kepada Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.

“Untuk makluman, Menteri Pendidikan memohon agar langganan suratkhabar Utusan Malaysia bagi semua bahagian, agensi, sekolah, universiti, kolej, dan semua institusi di dalam Kementerian Pendidikan Malaysia dibatalkan serta-merta,” kata memo berkenaan.

Memo bertarikh 18 Julai itu ditujukan kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia Datuk Mohd Ghazali Abas.

Seorang pegawai Kementerian Pendidikan ketika dihubungi mengesahkan memo berkenaan.

Pegawai berkenaan yang minta namanya tidak didedahkan berkata Kementerian Pendidikan juga sedan meneliti untuk membatalkan langganan suratkhabar lain.

“Ini bagi menjimatkan kos kerana pada hari ini berita sama boleh dibaca di atas talian,” katanya.

Sumber: Malaysiakini

Bagi guru-guru kebanyakkannya boleh membaca ePaper Utusan secara percuma dengan login id yang telah diberikan bersama Tab sebelum ini.

Untuk tidak terlepas info penting follow: telegram.me/pendidik2u