Saps Ibu Bapa 2017 Semakan Peperiksaan

    78
    0
    Saps Ibu Bapa 2017

    Ibu bapa yang cemerlang adalah mereka yang tidak mengabaikan anak mereka, terutamanya tanggungjawab memberi ilmu pelajaran. Ramai yang inginkan keputusan peperiksaan yang baik dan cemerlang setiap kali adanya Ujian ataupun peperiksaan.

    Untuk melihat keputusan peperiksaan anak kini sangat mudah sebenarnya, kerana sekarang ini telah ada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (Saps).

    Printer Brother

    Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

    Baju Tidur Perempuan Paling Murah

    Baju Tidur Perempuan Paling Murah

    Baju Kurung Kedah

    Baju Kurung Kedah

    Baju Kurung Murah

    Baju Kurung Murah

    Baju Kurung Widuri Cantik

    Baju Kurung Widuri Cantik

    Telefon Pintar Infinix 5G Murah

    Telefon Pintar Infinix 5G Murah

    Apakah fungsi SAPS ini?

    Sistem ini merupakan Aplikasi dari Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memudahkan para guru merekod markah murid, membuat headcount, menganalisis keputusan peperiksaan di dalam bilik darjah dan markah keseluruhan.

    Ibu bapa yang ingin melihat markah keputusan anak-anak mereka boleh ke laman Web Saps di pautan berikut:

    Saps Ibu Bapa 2017
    https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php

    Panduan untuk menyemak anda boleh rujuk di: Panduan Membuat Semakan Saps

    Tentu ramai ibu bapa yang dah mahir menggunakan portal ini sebenarnya, ia mudah cepat dan pantas. Antara kelebihannya ialah boleh semak keputusan semua subjek, kedudukan dalam kelas, kedudukan keseluruhan dalam darjah.

    Bukan hanya di sekolah rendah tetapi juga digunakan di peringkat sekolah menengah.

    Sekiranya anda ingin mendapatkan bantuan boleh hubungi pegawai yang berkenaan:

    SAPS 2017

    Pelajar Marah Ada Sistem Ini.

    Ya, tidak dinafikan ada segelintir pelajar terutamanya di peringkat Sekolah Menengah terutamanya marah kerana adanya tempat untuk menyemak keputusan peperiksaan mereka.

    Sebelum ini, mereka boleh menyembunyikan markah mereka, bahkan ibu bapa terpaksa menggeledah beg dan bilik anak mereka untuk mencari keputusan peperiksaan anak-anak.

    Keadaan ini berubah setelah adanya sistem yang diperkenalkan oleh KPM ini. Dari sudut positifnya, pelajar sebenarnya tidak perlu mengelak untuk memberitahu keputusan peperiksaan mereka. Bahkan memang sepatutnya ibu bapa perlu tahu tahap pencapaian anaknya.

    Namun begitu, di peringkat  Sekolah Rendah murid tidaklah bersikap begitu kerana mereka sememangnya dikawal sepenuhnya oleh ibu bapa.

    Cuma apabila adanya sistem ini, ia sebenarnya memberi kelebihan kepada semua pihak, sekolah, guru mata pelajaran, guru kelas, penyelaras peperiksaan, ibu bapa dan murid-murid.

    SEBELUM ADA SAPS SELEPAS ADA SAPS
    Pengisian markah tidak selaras Lebih selaras
    Hanya di peringkat sekolah Sekolah, PPD, JPN, KPM
    Tiada Headcount Lengkap, TOV, ETR, dan analisis.

    Semoga perkongsian Saps 2017 ini dapat membantu anda dalam memaksimumkan penggunaannya. Jangan lupa semak keputusan anak anda selepas ini.

     

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here