Home info Saman Cikgu Menjadi-jadi

Saman Cikgu Menjadi-jadi

86
0

Isu penjaga menyaman guru semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini, beberapa kes yang diviralkan di media sosial sebelum ini membuka mata masyarakat bahawa guru juga mempunyai maruah yang perlu dipertahankan, guru juga manusia biasa yang kadang-kadang ada silapnya.

Menteri Pendidikan dalam status terbarunya menggesa ibu bapa dan guru menggunakan pendekatan yang profesional dalam menyelesaikan masalah mereka.

Berikut merupakan kenyataan beliau:

Printer Brother
Iklan · Pautan afiliasi Shopee Lihat printer Brother di Shopee

Ibu bapa dan pihak sekolah diminta menggunakan pendekatan bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan yang terjadi di antara kedua-dua pihak tanpa perlu melibatkan saman menyaman.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) boleh berperanan sebagai perantara atau orang tengah dalam mewujudkan keharmonian serta permuafakatan di antara kedua-dua pihak demi memastikan hasrat kemenjadian pelajar mampu dicapai.

Semoga permuafakatan antara guru dan ibu bapa akan terbina dengan kerjasama semua pihak.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here