Home info RM2000 UNTUK PENJAWAT AWAM, RM1000 UNTUK PESARA

RM2000 UNTUK PENJAWAT AWAM, RM1000 UNTUK PESARA

88
0
BONUS PENJAWAT AWAM 2024

Perdana Menteri sebentar tadi dalam Belanjawan 2024 telah mengumumkan bahawa kerajaan sedang menyemak semula skim gaji dan elaun tetap penjawat awam yang kali terakhir dilaksanakan pada tahun 2012.

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) ini akan meneliti keperluan semua skim perkhidmatan dan dijangka akan dimuktamadkan pada penghujung tahun hadapan.

Sementara menunggu Kajian ini lengkap, sukacita diumumkan, Kerajaan bersetuju untuk memberi Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak 2,000 ringgit kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak dan 1,000 ringgit kepada semua Jawatan Utama Sektor Awam melibatkan semua termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform.

belanjawan 2024

Bayaran Insentif 1,000 ringgit turut dipanjangkan kepada semua pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen. Bayaran ini akan dibuat secara sekali gus pada akhir Februari 2024 bagi meringankan beban persediaan persekolahan anakanak serta persiapan menjelang bulan Ramadan dan Syawal.

Perkara tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Parlimen hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here