Proposal Kajian Tindakan

    5
    1

    Sebelum membuat kajian tindakan, adalah menjadi kewajipan kepada kita untuk membuat proposal kajian tindakan terlebih dahulu. Ini bertujuan supaya kajian tindakan yang hendak dilaksanakan mempunyai perancangan yang rapi dan tersusun. Proposal atau kertas cadangan kajian tindakan adalah penjelasan ringkas mengenai pelan tindakan oleh penyelidik yang meliputi beberapa persoalan seperti berikut:
    – Apa tajuk kajian yang hendak dijalankan
    – Isu atau masalah yang dikenal pasti
    – Apakah objektif kajian
    – Bagaimana kajian dilaksanakan
    – Kaedah kajian yang digunakan
    – Tempoh pelaksanaan kajian
    – Kos untuk menjalankan kajian
    Apa yang perlu ada dalam Proposal Kajian Tindakan?
    Sebenarnya ia tidak mempunyai format yang khusus, namun sebagai panduan kta boleh rujuk format berikut;
    Pendahuluan
    – Pengenalan
    – Refleksi pengalaman yang lalu dalam pengajaran dan pembelajaran
    Fokus Kajian / Isu Keperihatinan
    – Isu masalah kajian/ Isu Keperihatinan
    – Fokus Kajian
    – Tinjauan dan analisis masalah
    – Tinjauan literatur berkaitan isu kajian
    ( Tema masalah / isu keprihtinan dikenal pasti dengan melihat kepada empat perkara utama dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu ; Murid, Guru, Isi kandungan Pelajaran, Persekitaran)
    Objektif dan soalan kajian
    – Objektif Kajian
    – Soalan Kajian
    Kumpulan Sasaran
    Tindakan yang Dicadangkan
    – Perancangan langkah-langkah tindakan
    – Perancangan cara mengumpul data
    – Perancangan cara menganalisis data
    – Perancangan jadual pelaksanaan / Carta Gantt
    – Kos Kajian
    Rujukan
    Lampiran
    Bagi yang ingin mendapatkan contoh Kajian Tindakan boleh download di ; sini

    1 COMMENT

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here