Perutusan Hari Guru 2018 merupakan perkara penting setiap kali sambutan Hari Guru. Memandangkan Menteri Pendidikan belum lagi dilantik, maka perutusan dari Kementerian Pendidikan Malaysia yang ada setakat ini adalah dari KPPM.

Perutusan Hari Guru Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia 2018:

Perutusan Hari Guru KPPM 2018

Berikut adalah beberapa petikan daripada Teks Perutusan tersebut:

Tema Sambutan Hari Guru tahun ini membuktikan bahawa dalam menjayakan Transformasi Pendidikan Negara dan menyahut cabaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 , guru merupakan agen utama dalam memperteguh transformasi pendidikan arah merealisasikan Wawasan 2020. Guru memainkan peranan penting bagi memastikan agenda transformasi negara tercapai dengan pantas dan berkesan melalui keberhasilan modal insan yang bersedia mendepani cabaran Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0).

Tema Hari Guru 2018, iaitu ‘Guru Pemacu Transformasi Pendidikan’ telah dilancarkan pada 23 Mac 2018. Tema ini bertepatan dengan peranan guru sebagai agen yang mampu membawa perubahan dalam dunia pendidikan kepada pembaharuan yang lebih cemerlang.

Tema ini membawa erti besar yang bermaksud guru berada di barisan hadapan bagi menjayakan pelan transformasi pendidikan negara. Maka, sewajarnya guru berperanan sebagai pemacu transformasi yang berganding bahu dengan ibu bapa dan komuniti bagi menggerakkan program pendidikan yang bermatlamat untuk meningkatkan keberhasilan murid.

Kita sebagai seorang guru dan pemimpin anak bangsa, seharusnya menjaga keperibadian dan menjadi contoh kepada insan lain dengan mengamalkan ilmu yang tersemat di dada.

Selaku pencetus , penggerak dan pemegang amanah kepada proses transformasi sistem pendidikan negara, warga pendidik sesungguhnya mempunyai kedudukan mulia yang tersendiri dalam masyarakat, sentiasa disegani dan dipandang tinggi.

Perjuangan guru tetap berterusan dan merup ilmu yang mencabar. akan satu perjuangan Jadi, teruskanlah khidmat baktimu yang mulia ini. Terima kasih Cikgu dan sekali lagi saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Guru.

Semoga perjalanan sambutan hari guru tahun ini berjalan lancar dan disambut dengan penuh kesyukuran.

Untuk tidak terlepas info penting follow: telegram.me/pendidik2u
SILA KONGSIKAN KEPADA RAKAN-RAKAN DENGAN MENEKAN BUTANG DI BAWAH: