Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah Bahagian Pembangunan Kurikulum telah pun mengeluarkan Peruntukan Masa Minimum Penjajaran KSSM bagi kegunaan 2020.

Bagi membantu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran murid bukan kelas peperiksaan bagi tempoh persekolahan berdasarkan Takwim Penggal Persekolahan 2020 yang dipinda, KPM telah menjajarkan kandungan kurikulum semua mata pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), Kurikulum Standard Kelas Peralihan (KSKP) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).

Bagi yang ingin melihat Masa Minimum KSSR boleh ke: KSSR 

PERUNTUKAN MASA MINIMUM PENJAJARAN KURIKULUM KSSM
BAGI KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH TAHUN 2020

Di bawah KSSM terdapat 19 kategori iaitu:


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


  1. KURIKULUM STANDARD KELAS PERALIHAN
  2. KSSM MENENGAH RENDAH
    (TINGKATAN 1,2 dan 3)
  3. KSSM MENENGAH RENDAH SEKOLAH SENI MALAYSIA
    (TINGKATAN 1, 2 dan 3)
  4. KURIKULUM BERSEPADU DINI (KBD) MENENGAH RENDAH
    (TINGKATAN 1,2 dan 3)
  5. KURIKULUM BERSEPADU TAHFIZ (KBT)
    MENENGAH RENDAH (TINGKATAN 1, 2 dan 3)
  6. KSSM PENDIDIKAN KHAS BAGI MBK TAHAP KEFUNGSIAN SEDERHANA
    (TINGKATAN 1 HINGGA 4)
  7. KSSM PENDIDIKAN KHAS BAGI MBK TAHAP KEFUNGSIAN RENDAH
    (TINGKATAN 1 HINGGA 4)
  8. KSSM MENENGAH ATAS (TINGKATAN 4)
  9. KSSM MENENGAH ATAS SEKOLAH SEN I MALAYSIA (TINGKATAN 4)
  10. KURIKULUM BERSEPADU DINI (KBD)
    MENENGAH ATAS (TINGKATAN 4- DINI AGAMA)
  11. KURIKULUM BERSEPADU DINI (KBD)
    MENENGAH ATAS (TINGKATAN 4 – DIN I SASTERA)
  12. KURIKULUM BERSEPADU DINI (KBD)
    MENENGAH ATAS (TINGKATAN – DINI SAINS)
  13. KURIKULUM BERSEPADU TAHFIZ (KBT)
    MENENGAH ATAS (TINGKATAN 4)
  14. MATA PELAJARAN ELEKTIF
    KSSM MENENGAH ATAS (TINGKATAN 4)
  15. ELEKTIF ELEKTIF KEMANUSIAAN DAN SASTERA IKHTISAS
  16. ELEKTIF PENGAJIAN ISLAM
  17. ELEKTIF STEM (SAINS TULEN DAN MATEMATIK TAMBAHAN)
  18. ELEKTIF STEM (SAINS GUNAAN DAN TEKNOLOGI)
  19. ELEKTIF STEM (MATA PELAJARAN VOKASIONAL)
MASA MINIMUM PENJAJARAN KSKP & KSSM

Boleh muat turun di telegram: t.me/pendidik2u

Penjajaran kurikulum ini melibatkan penyusunan semula kandungan, pedagogi serta pentaksiran berdasarkan hasil pembelajaran yang dihasratkan bagi memenuhi keperluan khusus mata pelajaran.

KPM telah menyediakan dokumen kurikulum yang telah dijajarkan, peruntukan masa minimum dan Kit Penjajaran Kurikulum sebagai rujukan kepada pihak sekolah, guru dan ibu bapa.