IKLAN PERMOHONAN BAGI MENGIKUTI PROGRAM KELAYAKAN PROFESIONAL PEMIMPIN PENDIDIKAN KEBANGSAAN ATAU NATIONAL PROFESSIONAL QUALIFICATION FOR EDUCATIONAL
Iklan permohonan bagi mengikuti Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan atau National Professional Qualification for Educational Leaders (NPQEL) Ambilan Tahun 2020 akan dibuka mulai:
3 Jun hingga 16 Ogos 2019
Proses sokongan Ketua Jabatan berakhir pada 30 Ogos 2019.
CARA MEMOHON
Pautan: Manual pengguna
Pautan: Manual memuat naik borang kesihatan dan gambar
Laman Web MPPS NPQEL: https://tls.moe.gov.my
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
Syarat Umum
(a) Telah disahkan dalam perkhidmatan;
(b) Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan iaitu sekurang-kurangnya 85%
berdasarkan wajaran Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT)/Penilaian
Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) tiga (3) tahun terakhir;
(c) Bebas daripada tindakan tatatertib;
(d) Telah mengisytiharkan harta dalam tempoh tidak melebihi lima (5) tahun;
(e) Bebas daripada senarai Peminjam Tegar Institusi Pinjaman Pendidikan; dan
(f) Diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.
Syarat Khusus
(a) Telah dinaikkan pangkat ke Gred DG48 (bagi calon Pengetua) atau Gred
DG32/DG34 (bagi calon Guru Besar) atau sekurang-kurangnya lima (5) tahun di Gred DG29 bagi calon Guru Besar SKM(B) untuk urusan penempatan pemangkuan;
(b) Mempunyai pengkhususan dalam bidang tertentu:
Pengetua: Bidang Umum/Teknikal/Pendidikan Islam;
Guru Besar: Bidang Umum/Cina/Tamil;
(c) Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya tiga (3) tahun berkhidmat sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran/Penolong Kanan (termasuk Penolong Kanan yang dilantik secara pentadbiran di SKM(B)/jawatan-jawatan pentadbiran di PPD/JPN/Bahagian/Institut Aminuddin Baki/Institut Pendidikan Guru/Kolej Matrikulasi;
(d) Mempunyai baki tempoh perkhidmatan sekurang-kurangnya lima (5) tahun sebelum bersara bagi penempatan ke jawatan PGB (tertakluk kepada tarikh kekosongan); dan
(e) Melepasi tahap kesihatan yang memuaskan (Perenggan 9, Pekeliling
Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2013).
Semua maklumbalas boleh dikemukakan kepada:
Penempatan NPQEL Cawangan Naik Pangkat,
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 4, Blok E12 Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 PUTRAJAYA.
Tel: 03-8884 7959/7883/7868/7882
Unit Penyelaras Program
Institut Aminudin Baki,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Kompleks Pendidikan Nilai,
Bandar Enstek
71760 Nilai, Negeri Sembilan
Tel: 06-7979200
Anda juga boleh emelkan sebarang aduan atau permasalahan kepada
mppssupportgroup@moe.gov.my (PENEMPATAN) atau npqel@iab.gov.my (KURSUS NPQEL)
dengan tajuk yang jelas beserta maklumat lengkap tuan/puan seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, gred dan gelaran jawatan, tempat bertugas dan kod tempat bertugas untuk memudahkan kami membuat tindakan. Lampiran screenshot juga diperlukan untuk aduan teknikal mengenai Sistem ePangkat dan TLS.
Saya merupakan seorang Penolong Kanan Pendidikan Khas yg telah berkhidmat selama 22 tahun, berpengalaman sebagai Penolong Kanan selama 5 tahun. Saya telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang(APC) sebanyak 3 kali, 2010,2014,2018. Saya juga menerima Anugerah Ikon Guru Inovatif Peringkat Daerah Pasir Gudang sempena Hari Guru 2019. Saya telah berjaya membawa/membentang/pempamer program saya sehingga peringkat Antarabangsa selain Kebangsaan dan Negeri. Saya sangat berminat untuk mengikuti kursus NPQEL ini. Persoalan saya,
1. Saya merupakan lepasan ExPPLD, bolehkah sekiranya saya mohon NPQEL sebagai calon GURU BESAR?
( Sekarang saya GRED44)
2. atau bolehkah saya mohon untuk calon PENGETUA kerana kenaikan ke DG48 pada tahun 2020?
Sy dah give up.
4 x interview. X lepas ..x de kabel jgn harap..@ something wrong with me..