Pengurusan bilik darjah merupakan perkara yang penting perlu diketahui bagi seseorang guru, tanpa ilmu untuk mengurus bilik darjah, sesi pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan dengan baik. Apakah maksud pengurusan bilik darjah?
Pengurusan bilik darjah bermaksud tindakan dan stategi yang digunakan untuk mengekalkan peraturan bilik darjah. Seseorang guru perlu membina keadaan bilik darjah yang kondusif dan mengurus disiplin murid yang berkesan. Perkara ini sangat penting terutamanya bagi guru baharu, disiplin dan peraturan perlu ditetapkan ketika pertama kali masuk ke sesuatu kelas. Ini bagi mengelakkan murid di dalam kelas bertindak dengan kebebasan yang tidak terkawal. Seelok-eloknya bagi guru baharu, anda perlu serius dan elakkan “berbaik-baik” dengan murid untuk bulan pertama, kerana murid akan cuba mempengaruhi anda supaya menjadi guru yang tidak tegas. Dalam kata lain..anda perlu menjadi guru yang “garang” terlebih dahulu..
Pengurusan bilik darjah meliputi beberapa perkara penting iaitu:
Faktor-faktor yang mempengaruhi pengurusan bilik darjah.
Faktor Fizikal
Faktor pertama yang mempengaruhi suasana bilik darjah adalah persekitaran fizikal. Bilik darjah yang menarik adalah kondusif untuk pembelajaran. Susunan peralatan dan kemudahan dalam bilik darjah seperti kerusi-meja, buku rujukan, pusat pembelajaran, bakul sampah, papan tulis dan lain lain akan membantu keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran serta mengekalkan disiplin murid-murid dalam bilik darjah. Sebagai rumusan, suasana fizikal bilik darjah yang boleh meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran ialah: Penyusunan kerusi-meja murid mengikut kumpulan yang sesuai akan memudahkan interakssi di antara murid dengan murid dan guru dengan murid.
Suasana di bilik darjah yang dihiasi dan diatur kemas dengan pelbagai carta, gambar dan alat bantu mengajar. Saiz bilik yang mencukupi memberi keselesaan kepada murid-murid unruk menjalankan pelbagai aktiviti kumpulan atau permainan. Tingkap dan pintu yang mencukupi untuk pencahayaan dan pengedaran udara dengan baik serta
Faktor Psikososial
Psikososial merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi individu dengan persekitaran sosialnya. Persekitaran psikososial yang sihat di dalam bilik darjah mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
• Suasana selesa dan mesra.
• Bebas daripada ancaman dan bahaya fizikal
• Perasaan diterima
• Sensitif dan peka kepada perbezaan individu.
• Suasana yang merangsang pembelajaran
• Mewujudkan komunikasi terbuka dan menggalakkan perkongsian idea.
• Menggalakkan pembelajaran koperatif.
• Peluang yang sama untuk semua pelajar.
Faktor yang memberikan kesan kepada persekitaran psikososial yang sihat ialah pendekatan pengajaran, gaya kepimpinan guru, bentuk komunikasi dan corak interaksi yang beliau wujudkan di dalam bilik darjah.