Home info Pengambilan guru secara One-Off 18,702 bagi menampung kekurangan guru

Pengambilan guru secara One-Off 18,702 bagi menampung kekurangan guru

104
50
cara mohon guru

Menteri Kanan Pendidikan Dr. Radzi Jidin sebentar tadi dalam Sidang Media KPM mengumumkan Kementerian Pendidikan Malaysia akan membuat pengambilan guru secara one-off seramai 18,702 orang bagi menampung kekurangan guru di sekolah rendah dan sekolah menengah.

Mereka yang ingin memohon perlu menungggu Iklan Pengambilan Khas Guru ini yang akan dibuka pada 7 Julai 2021 nanti.

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Mereka yang berjaya akan ditempatkan di sekolah-sekolah yang kekurangan guru dengan Gred DG41 iaitu sebagai lantikan tetap. Penempatan akan dibuat secara berperingkat mulai Oktober 2021.

Berdasarkan data dari kementerian Pendidikan Malaysia Mata Pelajaran dengan kekurangan guru yang tinggi adalah seperti:

subjek kurang guru

Sekolah Rendah: Bahasa Inggeris, Sejarah, Pendidikan Khas, Pendidikan Agama Islam, TeknologiĀ  Maklumat dan Komunikasi.

Sekolah Menengah: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Khas, Pendidikan Agama Islam dan Reka Bentuk & Teknologi.

Mungkin ramai yang bertanya bagaimanakah cara untuk memohon dan apakah syarat-syarat yang diperlukan.

Seperti mana yang kita semua maklum, jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang bergred DG41 mesti memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda. Itu antara syarat utama yang perlu dipenuhi, ia juga mestilah dari bidang pendidikan. Dalam kata lain, graduan dari lepasan UPSI, IPGM dan IPTA dalam bidang pendidikan.

Sekiranya ada calon ada Ijazah Sarjana Muda, tetapi bukan dalam bidang pendidikan, perlu mempunyai Diploma Pendidikan untuk memastikan mereka layak untuk memohonnya.

Walau bagaimanapun, berdasarkan jumlah keperluan 18,702 yang dimahukan KPM, ia mungkin termasuk dari kumpulan graduan pendidikan yang belum diberi penempatan, mereka diberikan keutamaan. Namun kali ini pengambilan dibuat secara khas, mereka yang bukan dalam bidang pendidikan atau tiada Diploma Pendidikan juga berpeluang untuk memohon.

Semoga berita ini dapat memberi peluang kepada mereka yang benar-benar berminat untuk menjadi seorang guru dengan jaya.

50 COMMENTS

  1. rasa berminat jugak.nak cuba mohon wlpn umur dh byk dan bkn dlm bidang pendidikan.cuma ada pengalaman kerja 14 thn dlm bidang kejurulatihan.

  2. Ya saya amat berminat untuk menjadi seorang warga Pendidik. Hal ini demikian kerana saya suka mendidik dan mengajar anak muda seperti remaja dan pelajar agar menjadi insan yang lebih beguna dikemudian hari kelak.

  3. Saya amat meminati bidang pendidikan. Saya pernah berkhidmat sebagai guru ganti selama dua tahun.saya berharap saya dapat berkhidmat sebagai guru tetap dalam subjek pendidikan islam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here