Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk menjadi Guru Interim Tahfiz dan Guru Interim Dini bagi mengisi kekosongan di sekolah menengah KPM ambilan tahun 2017.
Pengambilan Guru Interim Tahfiz dan Guru Interim Dini di sekolah menengah KPM ambilan tahun 2017
Nama Jawatan:
Guru Interim Tahfiz/ Guru Interim Dini.
Bayaran Elaun Bulanan: RM 2,149.03 bagi ijazah Kepujian; atau RM 1,944.62 bagi ijazah Am.
Tempoh Interim: Sehingga tamat latihan Kursus Dalam Cuti (KDC) di Institut Pendidikan Guru (IPG) dan akan dilantik tetap sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP).
Sekiranya berjaya dalam temu duga, perkhidmatan sebagai Guru Interim akan tamat secara automatik pada tarikh kuasa pelantikan tetap.
Sekiranya tidak berjaya mengikuti latihan KDC kerana tidak memenuhi syarat kemasukan, gagal menyempurnakan latihan KDC, gagal dalam temu duga, tidak hadir temu duga atau hadir tetapi tidak ditemu duga lantikan tetap oleh pihak SPP, perkhidmatan sebagai Guru Interim akan ditamatkan dengan sebulan notis.
Syarat Asas Permohonan Guru Dini:
Cara Memohon:
Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian dengan melayari laman sesawang Kementerian Sumber Manusia (KSM) di alamat: http://www.jobsmalaysia.gov.my/ mulai 16 Mei 2017.
Pemohon juga boleh memuat turun senarai semak dokumen temu duga bagi permohonan ke jawatan Guru Interim Tahfiz dan Guru Interim Dini dengan melayari laman sesawang yang sama. (Jobs Malaysia) Borang tersebut boleh dikemas kini pada bila-bila masa sahaja dan hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup permohonan 5 Jun 2017.
RUJUK: IKLAN GURU DINI