Ramai yang berpendapat apabila berlakunya penutupan sekolah akibat bencana sesi PDP tidak dapat dijalankan, namun sebenarnya dengan kemajuan teknologi semasa, murid-murid masih boleh berhubung dengan guru menggunakan pelbagai aplikasi dihujung jari. Berikut adalah kenyataan media daripada KPM.

KENYATAAN MEDIA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DIGITAL BAGI MENANGANI
PENUTUPAN SEKOLAH AKIBAT BENCANA

Bagi meneruskan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran sekolah walaupun
sekolah diarahkan tutup akibat bencana, Kementetian Pendidikan Malaysia (KPM)
telah menyediakan portal pembelajaran digital (portal.moe.edu.my atau
portal.moe-dl.edu.my) yang boleh digunakan secara percuma.

Semua guru dan murid boleh mengakses portal pembelajaran digital menggunakan
ID log masuk (ID login) yang telah dibekalkan kepada mereka. Melalui portal ini,
mereka boleh mengakses bahan pembelajaran seperti buku teks digital dan sumber
pendidikan lain bagi membuat latihan dan tugasan secara individu mahupun
berkumpulan serta melaksanakan pentaksiran.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Selain itu. KPM Juga menyediakan portal EduwebTV (eduwebtv.moe.edu.my) yang
mengandungi sumber pendidikan digital dalam bentuk video kurikulum meliputi pra
sekolah hingga sekolah menengah. Guru dan murid boleh mengakses portal
EduwebTV untuk mencari maklumat topik-topik yang berkaitan sebagal pusat rujukan
setempat.

Sekolah disarankan untuk mengambil tindakan proaktif bagi meneruskan
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran secara dalam dalian dengan
momanfaatkan portal pembelajaran digital dan portal EduwebTV ini.

Kementerian Pendidikan Malaysia
21 September 2019

Edutv