Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dengan penambahbaikan mula
dilaksanakan pada hari ini dan dikhususkan kepada murid-murid sekolah
rendah yang kurang berkemampuan daripada golongan keluarga dalam
kategori miskin tegar dan miskin.

Program RMT ini merupakan penambahbaikan kepada program makanan
tambahan media ada yang akan memanfaatkan murid-murid daripada golongan
miskin. RMT merupakan program bantuan makanan sedia ada yang disasarkan
kepada murid sekolah rendah dalam kalangan keluarga miskin tegar, murid
kurang upaya (OKU) dan murid di sekolah orang Asli/Penan.

Seperti tahun tahun yang lepas, RMT akan diberikan kepada murid yang disasarkan bermula dari hari pertama sesi persekolahan.

Penambahbaikan yang dilakukan kepada program RMT adalah termasuk
mengubah waktu pelaksanaan serta meningkatkan jumlah penerima dengan
mengambil kira murid yang berada dalam kategori miskin dan bukan sahaja
miskin tegar.

Sebagai permulaan, program ini melibatkan sebanyak 100 buah sekolah dan
4,000 orang murid di seluruh negara.

Masa pelaksanaan program ini adalah antara jam 7.00 hingga 7.30 pari bagi
persekolahan sesi pagi dan antara jam 12.30 hingga 2.00 petang bagi
persekolahan sesi petang. Perbezaan masa bagi sesi pagi Ini adalah berbeza
dari program RMT sebelum ini di mana murid-murid diberi makan pada waktu
rehat sekolah.

Melalui pelaksanaan program Ini, murid-murid diberikan pendidikan kesihatan
dengan mengamalkan pengambilan sarapan, gaya hidup sihat yang membantu
merangsang proses tumbesaran mereka di peringkat umur awal persekolahan.
Nilai-nilai murni, pembinaan sahsiah diri dan disiplin dapat diterapkan melalui
amalan adab dan etika makan dalam kalangan murid.

Soalan lazim berkaitan Penambahbaikan RMT:


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Semoga penambahbaikan ini dapat memberi manfaat kepada semua.