Home info Pembayaran BPN 2.0 Bermula 26 Oktober 2020

Pembayaran BPN 2.0 Bermula 26 Oktober 2020

50
0

Pihak Kerajaan peka dengan kesukaran yang dialami oleh Rakyat pada saat pandemik COVID-19 ini. Sehubungan itu, Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 merupakan sebahagian daripada Kerangka Inisiatif Tambahan, Pakej
Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (KITA PRIHATIN) bernilai RM10 bilion yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 23 September 2020 lalu.

Inisiatif BPN 2.0 tersebut yang keseluruhannya berjumlah RM7.0 bilion akan disalurkan melalui dua fasa pembayaran, iaitu pada bulan Oktober 2020 dan Januari 2021.

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Bagi mereka yang belum pernah menerima BPN sebelum ini, permohonan baharu boleh dibuat mulai 15 Oktober 2020.

PEMBAYARAN FASA PERTAMA BPN 2.0

Bayaran fasa pertama BPN 2.0 akan disalurkan kepada 10.6 juta penerima BPN sedia ada daripada kategori isi rumah dan individu bujang secara berperingkat mulai 26 Oktober 2020 (Isnin).

SEMAKAN BPN 2.0

Semakan status permohonan boleh dibuat di laman web rasmi BPN iaitu: https://bpn.hasil.gov.my/

PERMOHONAN BAHARU BPN 2.0

Permohonan baru BPN 2.0 dibuka mulai 15 Oktober sehingga 15 November 2020, bagi membantu kumpulan mereka yang belum pernah menerima BPN sebelum ini,
termasuk golongan mudah terjejas baharu (newly vulnerable groups) yang layak memohon akibat perubahan terhadap status pendapatan mereka ekoran impak
penularan COVID-19.

Tempoh permohonan baharu BPN 2.0 dibuka dari 15 Oktober 2020 sehingga 15 November 2020. Bagi memastikan BPN sampai kepada mereka yang benar-
benar layak, proses semakan atas permohonan baharu akan dibuat dalam kadar segera.

Bagi mereka yang diluluskan, bayaran akan dibuat secara sekaligus pada bulan Januari 2021.

Pemohon baharu BPN 2.0 boleh merujuk kepada Soalan Lazim (FAQ) yang telah dimuat naik di portal rasmi BPN iaitu https://bpn.hasil.gov.my/ bagi mendapatkan
maklumat lanjut atau untuk membuat permohonan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here