Pembangunan Media Pengajaran: Model ASSURE

    2
    0
    Tidak seperti model pembelajaran yang lain, Model Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino tidak mempunyai perwakilanvisual atau gambar rajah. Ia dijelaskan dengan penggunaan akronim iaitu ASSURE.


    A
    Analyze Learners
    Analisis Pelajar
    • General character
    • Specific entry competencies
    • Learning Style
    S
    State Objectives
    Nyatakan Objektif
    • Learning outcomes
    • Conditions of performance
    • Degree of acceptable performance
    S
    Select Methods, Media and Materials
    Pilih Kaedah dan Bahan
    • Select available materials
    • Modify existing materials
    • Design new materials
    U
    Utilize Media and Materials
    Guna Media dan Bahan
    • Preview the materials
    • Prepare the materials, environment
    • Provide the learning experience
    R
    Require Learner Participation
    Perlu Penyertaan Pelajar
    • In-class and follow-up activities so learner can process the information
    E
    Evaluate and Revise
    Menilai dan Semak Semula
    • Before, during and after instruction
    • Assess learner, media methods




































    1.    Analyse learner (Analisis pelajar)
    Mengenalpasti kesediaan dan pengetahuan sedia ada pelajar berkaitan dengan tajuk yang dihendak ajar. Kaji umur, bakat, kelas serta taraf ekonomi pelajar untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.
    2.    State Objective (nyatakan objektif)
    Nyatakan objektif dengan khusus berdasarkan pencapaian yang dirancangkan. 
    3.    Select Methods, Media and Materials (pilih, kaedah dan bahan)
    Guru hendaklah memilih media yang sedia ada disesuaikan dengan objektif pengajaran. Sekiranya media itu rosak atau kurang sesuai hendaklah dibaiki terlebih dahulu. Tetapi  jika media yang sedia ada tidak bersesuaian dengan objektif pengajaran, guru  hendaklah membina media yang baru bersesuai dengan tajuk dan objektif pengajaran.
    4.    Utilize Media and Materials ( Guna Media dan Bahan)
    Rancangkan bagaimana media itu hendak digunakan. Sediakan alat kemudahan untuk persembahan. Rancangkan aktiviti-aktiviti yang menarik minat murid murid serta yang memberi  motivasi kepada murid supaya murid murid merasa senorok. Adakan juga aktiviti susulan bagi tujuan pengayaan.
    5.    Require Learner Participation(Perlu Penyertaan Pelajar)
    Tindakbalas dari pelajar seperti membuat latihan hasil dari pembelajaran yang berlaku. Adakan juga pengukuhan supaya tindakbalas yang betul diperolehi.
    6.    Evaluate and Revise ( Menilai dan Semak Semula)
    Penilaian semasa proses dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran membolehkan guru membuat pembetulan, penambahbaikan, dan tindakan susulan yang sesuai. Penilaian boleh dibuat dalam pelbagai bentuk. Bentuk Penilaian pembelajaran terbahagi dua, iaitu penilaian formal dan penilaian informal. Penilaian formal merujuk kepada ujian. Penilaian informal dibuat melalui hasil kerja pelajar, pemerhatian, soal jawab, aktiviti kumpulan, pembentangan dan seumpamanya. Penilaian pembelajaran boleh dibuat sepanjang proses P&P.

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here