Perancangan strategik adalah “usaha yang berhati-hati dan berdisiplin bagi menghasilkan keputusan dan tindakan asas yang membentuk dan memandu organisasi, apa yang dilakukannya dan mengapa ia melakukannya” (Bryson, 2011). Perancangan strategik adalah pendekatan yang berurusan dengan cabaran yang dihadapi organisasi. Cabaran ini memerlukan pemimpin berhati-hati dan berdisiplin jika ia ingin diurus secara efektif.
Semua organisasi adalah dalam keadaan perubahan yang berterusan dan berubah-ubah – walaupun mereka merasakan ianya stabil adalah secara tipikal berubah dalam berbagai cara. Orang akan datang dan pergi, mandat bertukar, bajet berubah, keperluan dan harapan pemegang taruh adalah juga berubah dan sebagainya. Organisasi yang diurus secara strategik mendefinisikan di mana mereka mahu menjadi dan mengurus perubahan secara efektif menerusi agenda tindakan bagi mencapai masa depan berkenaan.
Bagi yang belum dapat Perancangan Strategik boleh download sekarang.
Perancangan strategik bukanlah satu perkara tersendiri tetapi sebagai pilihan set konsep, prosedur, metodologi dan alat yang boleh membantu organisasi bukan berasaskan keuntungan dan awam menjadi lebih berjaya dalam mendefinisi dan mencapai misi dan visi mereka dan dalam mencipta nilai yang signifikan dan bertahan.
Menerusi perancangan strategik, organisasi boleh
• Membincang dan mendokumen tentang persekitaran di mana mereka berada dan beroperasi dan meneroka faktor dan trend yang mempengaruhi cara mereka melakukan urusan dan melakukan peranan meraka.
• Memperjelas dan merangka isu atau cabaran yang dihadapi organisasi.
• Memperjelas misi, matlamat dan nilai organisasi dan menyatakan dengan jelas visi, di mana organisasi mahu berada.
• Membangun strategi bagi melaksanakan mandat, memenuhi misi, merealisasi visi, mencapai matlamat dan mencipta nilai dengan mengenal pasti dan melaksanakan semula mandat, misi, nilai, matlamat, peringkat hasil dan perkhidmatan, klien, pengguna atau pembayar, kos, kewangan, struktur, proses dan pengurusan.