Home info PDPR Selepas Hari Raya Aidilfitri

PDPR Selepas Hari Raya Aidilfitri

109
0

Menteri Pendidikan Dr. Radzi Jidin sebentar tadi mengumunkan PdPr akan dijalankan selepas aidil fitri mengikut ketetapan berikut.

Berikut kenyataan di Facebook rasmi beliau:

Petang tadi saya berkesempatan bertemu pengamal media bagi menjelaskan beberapa perkara berkaitan KPM.

Printer Brother
Iklan ยท Pautan afiliasi Shopee Lihat printer Brother di Shopee

Antaranya adalah mengenai cuti sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri serta sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) selepas cuti perayaan nanti.

Seperti yang kita sedia maklum, cuti untuk Hari Raya Aidilfitri akan bermula pada hari Selasa, 11 Mei 2021. KPM telah membuat ketetapan bahawa sekolah bagi Kumpulan A akan mengambil cuti peristiwa atau cuti ganti pada 9 & 10 Mei 2021 manakala sekolah dalam Kumpulan B akan mengambil cuti tersebut pada 10 Mei 2021.

Oleh yang demikian, sekolah Kumpulan A akan bercuti mulai 7 Mei hingga 15 Mei 2021 manakala sekolah Kumpulan B pada 8 Mei hingga 16 Mei 2021.

Dalam konteks pelaksanaan PdP pula, KPM mengambil pendekatan untuk melaksanakan PdPR selama dua minggu selepas cuti perayaan.

Ini adalah bagi mengurangkan risiko jangkitan yang mungkin berlaku di luar sekolah semasa musim perayaan dan bakal meningkatkan jangkitan di institusi pendidikan di bawah KPM.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here