Himpunan Mutiara kata, kata-kata mutiara, ayat motivasi, kata-kata hikmah, kata-kata yang memberi kesan, kata penguat jiwa, kata pemangkin motivasi, koleksi mutiara kata, yang boleh menjadi motivasi dalam kehidupan kita seharian:
![]() |
Majulah dengan cara berfikir yang serba mungkin. Tiada yang mustahil. Bersiaplah menghadapi kesulitan dan percayalah tiada kesulitan yang tidak dapat diatasi. – Saiyidina Ali
Sifat seseorang itu tersembunyi disebalik lidahnya. – Saiyidina Ali
Tidak akan lepas seorang hamba Allah daripada syaitan, melainkan dengan ikhlas. – Imam Ghazali
Perkara paling berat adalah ikhlas kerana tiada nafsu pada keikhlasan. – Sahl bin Abdullah At-Tusturi
Apabila seorang hamba ikhlas maka terputuslah sifat ragu-ragu dan riyak daripadanya. – Abu Sulaiman Ad Darani
Siapa yang mengamalkan apa yang telah diketahui maka akan diberi taufik untuk mencapai apa yang belum diketahui. – Al- Auzaa’i
Sesiapa menempatkan dirinya di tempat yang dapat menimbulkan persangkaan, maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk kepadanya. – Khalifah Umar al-Khatab
Merangkak tetapi berjaya mencapai cita-cita itu lebih baik daripada berlari tetapi berhenti di tengah jalan. – Soekarno
Andai kata tidak ada alim ulama, pasti manusia seluruhnya bersifat seperti binatang. – Al-Hassan
Segala sesuatu yang ada bersandar pada kehendak Allah, sementara kehendak Allah tidak bersandar kepada apa pun. – Ibnu Atha’ illah
Ada cahaya yang hanya diizinkan Allah untuk sampai ke hati dan ada pula cahaya yang diizinkan Allah untuk masuk ke dalam hati. – Ibnu Atha’illah
Sebutlah Allah kerana itu adalah ubat dan janganmenyebut manusia kerana itu adalah penyakit. – Sayidina Umar
Politik sama sahaja, mereka berjanji membuat jambatan walaupun di tempat itu tiada sungai. – Nikita Krushchev
Kita tidak dapat memaksa diri bagi melupakan pengalaman bahkan pengalaman yang paling pahit sekalipun. – Dag Hammersjkold
Ahli falsafah juga tidak dapat menahan derita sakit gigi dengan sabar. – Shakespeare
Elakkan dirimu daripada menjadi pendakwah yang mengajak kepada kebaikan sekiranya kamu sendiri belum melaksanakannya. – Imam al-Ghazali
Tidak ada yang dapat melepaskanmu daripada sifat burukmu kecuali apabila engkau menyedari sifat agung yang ada di sisi Allah. – Ibnu Atha’illah