Home info Pantun Menteri Pendidikan di Majlis Penutupan Bulan Bahasa Kebangsaan

Pantun Menteri Pendidikan di Majlis Penutupan Bulan Bahasa Kebangsaan

108
0

Satu kelainan dalam ucapan ‘berpantun’ YB Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia merasmikan Majlis Penutupan Bulan Bahasa Kebangsaan 2018

KOLEKSI PANTUN MENTERI PENDIDIKAN

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

1. Sudah dipukat baung di lembah,
Sayangnya kelah terlepas jala;
Madah diungkap salam dipersembah,
Dengan Bismillah kita bermula.

2. Amalkan hidup bersopan santun,
Saling menghormati sesama kita;
Bicara saya bermadah pantun,
Dalam pantun ada ceritera.

3. Angin bayu menusuk kalbu,
Seluruh daerah nyaman terasa;
Bahasa Melayu bahasa ilmu,
Penyebar fikrah minda bitara.

4. Dipalu gong dipukul canang,
Warkah dibaca menyebar bicara;
Bahasa kita pernah gemilang,
Menjadi wahana lingua franca.

5. Bunga mawar baunya harum,
Disunting dara pingitan desa;
Majmuk Malaysia pelbagai kaum,
Bahasa Melayu penyatu bangsa.

6. Berniaga kain bukannya mudah,
Kain sutera kain belacu;
Perkara 152 termaktub sudah,
Bahasa kebangsaan julang di mercu.

7. Cantik sungguh kebarung biru
Sekali terpandang hati tertambat;
Hidup di zaman Malaysia baharu,
Bahasa Melayu kekal dimartabat.

8. Malar hijau si pohon akasia,
Tumbuh melata di Titiwangsa;
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia,
Visi dan aspirasi bunga bangsa.

9. Karung padi penuh berisi,
Padi dituai di negeri utara;
Sebelas anjakan strategik dan operasi,
Jayakan aspirasi pendidikan negara;

10. Tinggi-tinggi si pohon kayu,
Dipukul ribut hanyut ke muara;
Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu,
Tonjol kemampuan warga mancanegara.

11. Persalinan songket indah kurnia,
Cantik berseri hati tertambat;
Pidato disertai warga dunia,
Promosi bahasa di mata jagat.

12. Lunak suara nyanyian si dara,
Disulam rentak tarian lilin;
Kursi Pengajian Melayu di luar negara,
Mempromosi bahasa kerjasama terjalin.

13. Ke hutan rimba pergi berburu,
Si ayam hutan ingin dijerat;
Kursi pengajian bernafas baharu,
Seiring keperluan era sejagat.

14. Laungan azan mendayu-dayu,
Tanda solat menjengah masa;
Tokoh Akademik Bahasa Melayu,
Anugerah pemangkin ilmuwan berjasa.

15. Lebat sungguh buah pulasan,
Kait buahnya gunakan galah;
Disiplin ilmu tiada batasan,
Tokoh dijulang wibawa terserlah.

16. Kembang anggerik di hujung desa,
Harum baunya hingga ke kota;
MBM dasar martabatkan bahasa,
Empat inisiatif mendukung cita.

17. Warna kuning masaknya nangka,
Menjadi makanan si burung tempua
Inisiatif pertama standard dirangka;
Pengukuhan pendidikan misi kedua.

18. Santun pekerti anak Melayu,
Pastikan dijaga setiap masa;
Kerangka Standard Bahasa Melayu,
Piawaian penilaian dan pengukuhan bahasa.

19. Merbah hinggap di hujung dahan,
Helang tinggi di pohon meranti;
Profesionalisme keguruan perlu tingkatkan,
Di samping Penyelidikan juga publisiti.

20. Salam dihulur tangan digenggam,
Itulah tanda budi bahasa;
Bahasa ilmu di universiti awam,
Pelan dirangka strategi diperkasa.

21. Baik budi pekerti tuan,
Akan dikenang sepanjang masa;
Bulan Bahasa Kebangsaan acara tahunan,
Mempersegar kecintaan terhadap bahasa.

22. Kantung padi padat berisi,
Diletak atas dulang suasa;
Dekad bahasa pengembang tradisi,
Bahasa kebangsaan terus perkasa.

23. Tarik akar si ragi akar,
Akar menyangkut di bawah titian;
Dekad bahasa agenda besar,
Gandakan usaha lakarkan impian.

24. Hidang rendang bersama ketupat,
Jangan lupakan asam laksa;
Era Revolusi Perindustrian Keempat,
Manfaatkan ruang sebarkan bahasa.

25. Sudah puas hamba mencari,
Baru kini dapat bertemu;
Budaya siber akses di jari,
Mantap korpus khazanah ilmu.

26. Ramai taulan datang bertamu,
Datang bertamu di pagi raya;
Perkasa persuratan khazanah ilmu;
Tamadun bangsa di mercu jaya.

27. Mentari menyinar di waktu pagi,
Merbah berkicau di pohon ceri,
Digubal istilah ilmu segala segi,
Agar bahasa mapan mandiri.

28. Indah nian cahayanya memancar,
Warna pelangi di balik kaca;
Dekad membaca nasional dilancar’
Memastikan rakyat gemar membaca.

29. Dayung sampan ke kuala Rokan,
Sampan didayung tiadalah jemu;
Kempen membaca ayuh mulakan,
Bagi membentuk bangsa berilmu.

30. Ke mana hati hendak dituju,
Rajuk lama belumlah hilang;
Tiada guna negara maju,
Kalau bahasa tidak dijulang.

31. Cantik sungguh permata biru,
Permata biru dari Senggora,
Bangkitlah tuan semangat baharu;
Binalah bangsa bangunkan negara.

32. Keris panjang mata tirus,
Ditempa dengan besi ampuh;
Perit getir menongkah arus,
Cabaran mendatang cekal ditempuh.

33. Arak-arak kelapa puan,
Kelapa puan kelapa bali;
Harap saya kepada tuan,
Bukan tuan siapalah lagi.

34. Indah bahasa kiasan bermadah,
Rangkapan pantun hamba sulamkan;
Ceritera hamba mustaidlah sudah,
Karnival bahasa hamba rasmikan.

Kempen Bulan Bahasa Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 2018 diadakan dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan IPGKBMKL.

Pada majlis hari ini, Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu (ATABM) disampaikan kepada Prof Madya Dr S. Vijayaletchumy, pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM).

Selain DBP dan IPGKBMKL, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional serta Majlis Amanah Rakyat (MARA) juga turut menyokong usaha murni KPM demi memastikan masyarakat membaca masyarakat yang berjaya untuk kemajuan negara pada masa akan datang.

Turut hadir YB Timbalan Menteri Pendidikan, Puan Teo Nie Ching; Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia, Dato’ Dr Mohd Gazali Abas dan Pengarah (IPGKBMKL), Dr Maridah Alias.
YB Dr Maszlee juga melancarkan Buku Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM).

Sumber: Facebook KPM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here