Home info Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri di Rumah

Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri di Rumah

45
0

Memandangkan pada tahun ini kita akan menyambut Hari Raya Aidil fitri dalam suasana yang berbeza, namun ia tetap bermakna bagi kita.

Jika sebelum ini kita akan solat hari raya di Masjid mengikut Imam yang dilantik, pada tahun ini mungkin kita pula yang akan menjadi Imam dan Khatib membaca khutbah kerana dilaksanakan di rumah.

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Pihak Jakim telahpun mengeluarkan Kit Panduan Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Rumah untuk rujukan seluruh rakyat Malaysia semasa PKPB ini.

Selain daripada itu boleh rujuk: Teks Khutbah Hari Raya 2020

Di dalamnya juga di sertakan panduan atau kaifiat untuk menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri sebagai rujukan.

KAIFIAT SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILFITRI

[pdf-embedder url=”https://www.pendidik2u.my/wp-content/uploads/2020/05/Kit_Panduan_Hari_Raya_Di_Rumah.pdf”]

Anda boleh juga boleh menonton video di bawah sebagai panduan secara praktikal:

Terima Kasih kepada Ustaz Jasmi Amin atas usaha menghasilkan video yang sangat berguna ini, boleh Subscribe Youtube Channel beliau Jasmi Amin

AMALAN YANG DITUNTUT PADA HARI RAYA AIDILFITRI

  1. Dituntut memperbanyakkan Takbir Raya bermula waktu Maghrib malam hari raya sehingga selesai Solat Sunat Hari Raya.
  2. Zakat Fitrah wajib ditunaikan sebelum mendirikan Solat Sunat Hari Raya. (Bagi yang belum)
  3. Mandi pada pagi hari raya sebelum menunaikan Solat Sunat Hari Raya adalah disunatkan.
  4. Sunat berhias, berwangi-wangian dan memakai pakaian yang terbaik pada hari raya.
  5. Disunatkan untuk menjamah sedikit makanan sebelum menunaikan Solat Sunat Hari Raya.
  6. Harus untuk mengucapkan tahniah dan ucapan Hari Raya seperti: UCAPAN TaqabballahuMinnawaMinka” (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu)
  7. Solat Hari Raya Aidilfitri.

Semoga panduan ini dapat membantu anda semua dalam menjalankan ibadah mengikut sunnah yang telah dianjurkan oleh Nabi Muhammad Saw.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here