Home info Panduan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Di Rumah Semasa PKPB

Panduan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Di Rumah Semasa PKPB

38
0

YAB Perdana Menteri pada 10 Mei 2020 mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilanjutkan sehingga 9 Jun 2020. Ini bermakna, semua peraturan dan Standard Operational Procedure (SOP) yang dilaksanakan sepanjang tempoh PKPB sebelum ini akan kekal berkuat kuasa menjelang Syawal 1441 H.

YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
menyarankan umat Islam supaya menyambut Hari Raya Aidilfiri pada tahun ini secara sederhana pada hari raya pertama di rumah masing-masing sahaja dengan menangguhkan sambutan berbentuk tradisi.

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Justeru. Kit Panduan Sambutan Aidilfitri Di Rumah Semasa PKPB ini disediakan sebagai panduan umum kepada umat Islam untuk menyambut Had Raya Aidilfitri di rumah masing-masing dengan amalan-amalan yang dituntut dalam syariat Islam.

AMALAN YANG DITUNTUT PADA HARI RAYA AIDILFITRI

  1. Dituntut memperbanyakkan Takbir Raya bermula waktu Maghrib malam hari raya sehingga selesai Solat Sunat Hari Raya.
  2. Zakat Fitrah wajib ditunaikan sebelum mendirikan Solat Sunat Hari Raya. (Bagi yang belum)
  3. Mandi pada pagi hari raya sebelum menunaikan Solat Sunat Hari Raya adalah disunatkan.
  4. Sunat berhias, berwangi-wangian dan memakai pakaian yang terbaik pada hari raya.
  5. Disunatkan untuk menjamah sedikit makanan sebelum menunaikan Solat Sunat Hari Raya.
  6. Harus untuk mengucapkan tahniah dan ucapan Hari Raya seperti: UCAPAN Taqabballahu Minna wa Minka” (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu)
  7. Solat Sunat Hari Raya seperti dalam panduan di bawah. Versi video boleh rujuk : Cara Solat Hari Raya di Rumah
  8. Khutbah Raya (Teks Khutbah)

[pdf-embedder url=”https://www.pendidik2u.my/wp-content/uploads/2020/05/Kit_Panduan_Hari_Raya_Di_Rumah.pdf”]

Bacaan Yaasin dan Tahlil boleh diadakan di rumah
bersama ahh keluarga sahaja selepas Solat Sunat
Aidilfitri bagi menggantikan amalan menziarahi
kubur pada had raya. kecuali bagi negeri-negeri
yang dibenarkan oleh pihak berkuasa agama
negeri.

Semoga panduan yang dikeluarkan oleh Jakim ini dapat membantu kita dalam mengerjakan Ibadah dan meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan mengikut sunnah nabi.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here