Seorang remaja telah menyaman bekas gurunya atas dakwaan tidak masuk kelas selama 7 bulan semasa beliau menjadi pelajarnya.
Nafirah Siman 18, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Taun Gasi, menyaman cikgu tersebut atas kejadian yang didakwa berlaku sekitar 2015, ketika mana beliau di Tingkatan Empat.
Saman difailkan oleh tetuan Roxana & Co pada 16 Oktober lalu.
Selain dari itu, beliau juga turut menamakan Guru Besar Sekolah Suid Hanapi, SMK Taun Gasidan, Pegawai PPD Kota Belud, Ketua Pengarah JPN Sabah serta KPM sebagai defenden. Sebutan kes ditetapkan pada 19 November depan.
Beliau mendakwa Jainal tidak hadir mengajar bermula Februari hingga Oktober 2015, kecuali pada 1 minggu ketika ada Pegawai KPM datang melawat sekolah.
Beberapa aduan juga telah dibuat, tetapi tiada tindakan yang diambil. Bahkan beliau mendakwa, guru besar terlibat menutup kes dengan memalsukan kedatangan.
Nafirah menuntut pengisytiharan bahawa defenden telah melanggar tugas statutori di bawah Akta Pendidikan dan mencabul haknya bagi mendapatkan pendidikan. Beliau juga menuntut ganti rugi dan kos.
Berita Malaysiakini









