Home info Menteri Hantar Pegawai Tengok Perjalanan Sistem Penyampaian di PPD

Menteri Hantar Pegawai Tengok Perjalanan Sistem Penyampaian di PPD

36
1

Menteri Pendidikan hari ini telah menghantar pegawainya untuk hadir ke beberapa PPD untuk melihat sendiri sistem penyampaian di pejabat berkenaan.

Sebelum ini, Menteri Pendidikan juga pernah melawat ke sekolah-sekolah secara mengejut bagi melihat sendiri perjalanan pdp dan keadaan di sekolah.

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Berikut status terkini di Facebook beliau:

Pagi ini saya telah meminta pegawai saya hadir ke beberapa Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di sekitar Lembah Klang untuk melihat sendiri sistem penyampaian di PPD dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) berkenaan.

Saya mahu tahu sendiri bagaimana para pegawai di kaunter melayani ibu bapa dan semua golongan masyarakat yang hadir dilayan dan disantuni.

Ini penting kerana PPD adalah antara pejabat yang paling kerap dilawati oleh semua pemegang taruh dalam sistem pendidikan kita.

Dalam masa terdekat, saya sendiri akan hadir melawat dan melihat sendiri kaunter di PPD ini, setelah beberapa siri lawatan oleh para pegawai saya dijalankan dalam beberapa hari dan minggu terdekat ini.

Ini termasuk menghantar sendiri pegawai dari Pejabat Menteri ke PPD yang lebih jauh dari kawasan Lembah Klang.

Saya berharap saya akan menerima laporan berkaitan dalam masa terdekat.

Saya percaya hanya dengan turun dan melihat sendiri bagaimana sistem penyampaian Kementerian Pendidikan Malaysia dijalankan di bahagian-bahagian seperti PPD dan JPN, kita semua boleh memperbaiki dan memastikan keutamaan para pelanggan seperti kebajikan ibu bapa dan pemegang taruh lain seperti guru dapat ditingkatkan.

DR MASZLEE MALIK
MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
28 MAC 2019

1 COMMENT

  1. Sokong..baru² ni pergi berurusan d ppd beaufort sabah…kerani² d kaunter depan sungguh kurang adab melayan tetamu. Mungkin dia tak tahu kami peg pendidikan dari daerah lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here