MAJLIS BICARA WAHYU (MBW) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SIRI 7/2021

Sebagai solidariti dan simpati kita kepada penderitaan dan kesengsaraan rakyat Palestin yang berjuang mempertahankan agama, nyawa, harta dan Negara mereka, maka kami tampilkan MBW Khas dengan penampilan panel-panel hebat untuk satu perkongsian pengalaman pada ketetapan berikut: .

Tarikh: 25 Jun 2021 (Jumaat)
Masa: Bermula 8.30 pagi
Tajuk: “TANGISAN DI PALESTIN: SAYUNYA DI HATI KITA”.

Boleh tonton secara live di bawah:

Ahli Panel 1 : Ustaz Zul Ramli Mohd Razali ( Selebriti dan Pendakwah Bebas)
Ahli Panel 2 : Sdr Heliza Helmi (Selebriti dan Aktivis Kemanusiaan )
Ahli Panel 3 : Sdr Nadir Al Nuri (CEO Cinta Ghaza Malaysia)
Moderator : En.Mohd Khamal bin Md.Daud ( KPP Data dan Pengesanan Dasar Pendidikan Islam , BPI, KPM)

Di pautan:
Facebook PPADNI
https://www.facebook.com/ppadnibpikpm/

Facebook BPI
https://www.facebook.com/fbbpikpm

YouTube PPADNI
https://youtube.com/c/pembangunanprogramadabdannilaibpikpm

Aturcara:
8.30 pagi – Bacaan Yaasin dan Doa
9.00 pagi – Forum Tangisan di Palestin:Sayunya di hati kita

Pelancaran Tabung Kemanusiaan Palestin PEKDIS

Ayuh semua kita zahirkan solidariti dan simpati kepada saudara seakidah kita di sana di samping berkongsi pengalaman sebenar dan pengetahuan serta iktibar ilmu daripada ahli ahli panel yang diundang khas untuk ini. Jangan lupa temujanji kita!!
Di sini kita bertemu meraih ilmu. Di sini kita bersua berkongsi simpati dan rasa.

InsyaAllah, bagi warga Kementerian Pendidikan Malaysia, kehadiran boleh dicatat dalam SPLKPM ( 3 jam kredit kehadiran ). Link akan diedarkan semasa live.

Jangan lupa ikuti dan jangan lupa share!!! Agar lebih ramai yang akan mengikuti dan bersolidariti.