Home info Koleksi Mutiara Kata

Koleksi Mutiara Kata

55
0
Himpunan Mutiara kata, kata-kata mutiara, ayat motivasi, kata-kata hikmah, kata-kata yang memberi kesan, kata penguat jiwa, kata pemangkin motivasi, koleksi mutiara kata, yang boleh menjadi motivasi dalam kehidupan kita seharian:

Majulah dengan cara berfikir yang serba mungkin. Tiada yang mustahil. Bersiaplah menghadapi kesulitan dan percayalah tiada kesulitan yang tidak dapat diatasi. – Saiyidina Ali
Sifat seseorang itu tersembunyi disebalik lidahnya. – Saiyidina Ali
Tidak akan lepas seorang hamba Allah daripada syaitan, melainkan dengan ikhlas. – Imam Ghazali
Perkara paling berat adalah ikhlas kerana tiada nafsu pada keikhlasan. – Sahl bin Abdullah At-Tusturi
Apabila seorang hamba ikhlas maka terputuslah sifat ragu-ragu dan riyak daripadanya. – Abu Sulaiman Ad Darani
Siapa yang mengamalkan apa yang telah diketahui maka akan diberi taufik untuk mencapai apa yang belum diketahui. – Al- Auzaa’i
Sesiapa menempatkan dirinya di tempat yang dapat menimbulkan persangkaan, maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk kepadanya. – Khalifah Umar al-Khatab
Merangkak tetapi berjaya mencapai cita-cita itu lebih baik daripada berlari tetapi berhenti di tengah jalan. – Soekarno
Andai kata tidak ada alim ulama, pasti manusia seluruhnya bersifat seperti binatang. – Al-Hassan
Segala sesuatu yang ada bersandar pada kehendak Allah, sementara kehendak Allah tidak bersandar kepada apa pun. –  Ibnu Atha’ illah
Ada cahaya yang hanya diizinkan Allah untuk sampai ke hati dan ada pula cahaya yang diizinkan Allah untuk masuk ke dalam hati. – Ibnu Atha’illah
Sebutlah Allah kerana itu adalah ubat dan janganmenyebut manusia kerana itu adalah penyakit. – Sayidina Umar
Politik sama sahaja, mereka berjanji membuat jambatan walaupun di tempat itu tiada sungai. – Nikita Krushchev
Kita tidak dapat memaksa diri bagi melupakan pengalaman bahkan pengalaman yang paling pahit sekalipun. – Dag Hammersjkold
Ahli falsafah juga tidak dapat menahan derita sakit gigi dengan sabar. – Shakespeare
Elakkan dirimu daripada menjadi pendakwah yang mengajak kepada kebaikan sekiranya kamu sendiri belum melaksanakannya.  – Imam al-Ghazali
Tidak ada yang dapat melepaskanmu daripada sifat burukmu kecuali apabila engkau menyedari sifat agung yang ada di sisi Allah. –  Ibnu Atha’illah
Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here