Home info Kod Etika Ibu Bapa Ketika Berurusan di Sekolah

Kod Etika Ibu Bapa Ketika Berurusan di Sekolah

73
0

Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan Surat Siaran Bilangan 15 Tahun 2018. Surat siaran ini dikeluarkan bertujuan untuk memaklumkan kepada pihak sekolah tentang keperluan mewujudkan dan menguatkuasakan Kod Etika Ibu Bapa/ Penjaga ketika berurusan di Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

surat siarat bil 15 tahun 2018

KPM mengambil maklum tentang kepentingan mengupayakan penglibatan secara langsung ibu bapa dan penjaga dalam mengoptimakan perkembangan pendidikan murid di sekolah.

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Penglibatan ibu bapa ini menuntut kepada keberadaan ibu bapa di sekolah untuk berurusan secara langsung dengan pihak sekolah sama ada melalui aktiviti terancang yang dianjurkan oleh pihak sekolah mahupun secara tidak terancang melalui lawatan, sesi perjumpaan dan sebagainya.

Mengambil kira ruang dan peluang keluar masuk ibu bapa/ penjaga serta orang awam sebagai pelanggan di sekolah, pihak sekolah adalah terdedah kepada pelabagai cabaran dan ancaman termasuk menghadapi karenah dan tindakan orang luar.

Sehubungan itu, KPM berpendapat terdapat keperluan mewujudkan dan menguatkuasakan suatu bentuk peraturan yang perlu dipatuhi oleh pihak luar ketika berurusan di sekolah.

Sebagai suatu cara pencegaha, pihak sekolah hendaklah mewujud dan menguatkuasakan satu peraturan yang wajib dipatuhi oleh pihak luar ketika berurusan di sekolah KPM.

Peraturan berupa kod etika ketika berurusan di sekolah tersebut hendaklah bersifat dinamik, sesuai dengan keperluan logistik, sosio-ekonomi, sistem kepercayaan dan budaya majoriti ahli komuniti di persekitaran sekolah tersebut.

Kod etika tersebut hendaklah diwujudkan melalui permuafakatan dan persetujuan dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah dengan mengmbil kira kepentingan dan keselamatan warga sekolah dalam menyantuni dan menerima kehadiran pelanggan dalam kalangan pihak luar dalam premis sekolah.

Contoh peraturan yang boleh dimasukkan adalah:

  • Melaporkan diri di Pondok Pengawal.
  • Menulis nama, tujuan untuk mendapatkan pas masuk.
  • Berurusan di pejabat terlebih dahulu.
  • Memakai pakaian yang sesuai.

Ini adalah contoh Kod Etika yang biasa disenaraikan di sekolah, anda boleh tambah yang mana bersesuaian dengan sekolah anda seperti mana yang dinyatakan dalam surat siaran.

Diharap setiap sekolah yang belum mempunyai Kod Etika Ibu Bapa ini boleh segera menyediakannya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here