Satu Kenyataan Media Penafian Arahan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Berkaitan Pengemaskinian Data Biodata Guru 2018 telah dikeluarkan oleh KPM.
Perkara ini dilaporkan telah berlaku apabila terdapat sekolah yang telah menerima emel yang mengndungi surat arahan untuk mengemaskini data maklumat biodata guru.
Surat tersebut juga telah menggunakan nama KPPM, bagi mengaburi pihak sekolah. Namun begitu ia dapat dikesan, kerana data guru kini dikemaskini melalui aplikasi eoperasi secara atas talian bukan secara manual.
Berikut adalah Kenyataan Media KPM berkenaan hal ini.
Perkara ini juga telah ditularkan di media sosial dan aplikasi Whatsapp, KPM pasti bahawa ada pihak yang tidak bertanggungjawab yang mahu menggunakan data ini untuk keuntungan mereka. Laporan polis juga akan dibuat berkenaan perkara ini.