Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG32 Hingga Gred DG54 Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) DI Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

URUSAN KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED DG32 HINGGA GRED DG54 SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN (TBBK) DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) BAGI JULAI HINGGA DISEMBER 2017
Kenaikan pangkat time based
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.    Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengadakan Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bermula seperti Jadual di bawah:
Iklan Kenaikan Pangkat

Tarikh iklan dibuka dan tutup peringkat Pengetua, Guru Besar, Ketua Bahagian : 22 Mei 2017 hingga 11 Jun 2017

Tarikh iklan dibuka dan tutup peringkat JPN/Pengarah Bahagian/IAB/IPGM : 12 Jun 2017 hingga 23 Jun 2017


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


(a)        Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG32 Hingga Gred DG54 Bagi Urusan Julai hingga Disember 2017;Urusan ini terbuka kepada:
(b)        Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 ke Gred DG44 yang mempunyai pengalaman sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Bagi Urusan Julai hingga Disember 2017; dan
(c)        Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG44 ke Gred DG48 yang mempunyai pengalaman sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Bagi Urusan Julai hingga Disember 2017 (HANYA PPP yang belum menggunapakai pengalaman PPPLD semasa ke Gred DG44 SAHAJA)
3.       Pegawai yang terlibat TIDAK PERLU MEMOHON dan sebaliknya perlu diperakukan terus oleh Ketua Jabatan menerusi iklan ePangkat yang DIBUKA BERMULA  22 MEI 2017.
4.         Untuk makluman YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan, semua  perakuan kenaikan pangkat hendaklah diperaku menerusi sistem ePangkat yang akan dibuka seperti tarikh di atas KECUALI pegawai dalam keadaan berikut yang perlu diperakukan SECARA MANUAL iaitu:
(a)        Pegawai yang sedang Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP), Cuti Belajar Separuh Gaji (CBSG) atau Cuti Belajar Tanpa Gaji (CBTG);
(b)        Pegawai yang telah diluluskan Cuti Separuh Gaji (CSG) dan/atau Cuti Tanpa Gaji (CTG) –sila kemukakan sesalinan surat kelulusan CTG/CSG oleh Ketua Jabatan;
(c)        Pegawai yang telah dikenakan pelanjutan tempoh percubaan dengan berdenda (TPB) – sila kemukakan sesalinan surat pengesahan TPB oleh Ketua Jabatan;
(d)        Pegawai yang pernah diperaku tetapi gagal dalam urusan berkenaan kerana markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) / Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) / Penilaian Tahap Kriteria Kecemerlangan (KC) tidak mencapai tahap yang ditetapkan;
(e)        Pegawai yang layak dipertimbangkan kenaikan pangkat SEBELUM bersara wajib / bersara pilihan / meninggal dunia yang diperaku oleh Ketua Jabatan; dan
(f)        Pegawai yang berada di dalam Jawatan Kumpulan.
5.         LKPPP Bilangan 5 Tahun 2015 telah memutuskan bahawa PPP yang sedang disiasat / dalam prosiding tatatertib / telah dikenakan tindakan tatatertib TIDAK BOLEH DIPERAKU dalam urusan pemangkuan / kenaikan pangkat. Ketua Jabatan hanya boleh memperaku PPP tersebut setelah keputusan tatatertib diperolehi dan kes selesai. 
Nota: Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan urusan kenaikan pangkat PPP di bawah seliaan YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan akan terjejas dan KEMENTERIAN TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG MASALAH PERAKUAN YANG TIDAK DIPERAKU DISEBABKAN PERCANGGAHAN MAKLUMAT ATAU TIDAK LENGKAP (Contoh: Tidak memuatnaik halaman BPK seperti yang tercatat dalam nota paparan ePangkat)
Sekian, untuk makluman.
Muat turun Surat Siaran  di bawah untuk rujukan penuh: