Home pekeliling Kemudahan Cuti Kuarantin (Cuti Jaga Anak Menghidap Penyakit Berjangkit)

Kemudahan Cuti Kuarantin (Cuti Jaga Anak Menghidap Penyakit Berjangkit)

244
37
Sebelum ini penjawat awam terpaksa menggunakan Cuti Rehat Khas mereka untuk menjaga anak yang menghidap penyakit seperti demam denggi, chickenpox, HFMD dan sebagainya. Oleh yang demikian pihak JPA telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2016 Kemudahan Cuti Kuarantin.

Cuti Kuarantin

PEKELILING: KEMUDAHAN CUTI KUARANTIN (PP11/2016)

Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan melaksanakan keputusan Kerajaan berkaitan dengan Kemudahan Cuti Kuarantin kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan. Selaras dengan keprihatinan kepada institusi kekeluargaan dalam konteks penjagaan kesihatan anak, Kerajaan telah bersetuju supaya kemudahan Cuti Kuarantin diberikan kepada pegawai yang anaknya menghidap penyakit berjangkit dan perlu dikuarantin.
KELAYAKAN
Sekiranya mana-mana anak pegawai telah diberi perakuan oleh mana-mana pegawai perubatan Kerajaan atau swasta yang menyatakan anak tersebut perlu dikuarantin kerana penyakit berjangkit, pegawai boleh diberi kemudahan Cuti Kuarantin untuk menjaga anak yang sakit.
SENARAI PENYAKIT
1. Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut [Hand, Foot and Mouth Disease (HFMD)]
2. Demam Denggi dan Demam Denggi Berdarah
3. Campak (Measles)
4. Chickenpox
5. Difteria
6. Malaria
Tempoh yang diluluskan maksimum lima (5) hari.
Syarat anak dikuarantin:
i.  Bawah 18 tahun; dan
ii. Bawah 21 tahun jika masih belajar.
Tarikh kuat kuasa pekeliling ini 1 Januari 2017.

Pemohon hendaklah melengkapkan borang permohonan cuti kuarantin, borang ada dilampirkan di dalam pekeliling.

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

37 COMMENTS

  1. Bolehkah ibu mendapat cuti kuarantin dalam tempoh ibu tersebut menaggung kerja dalam tempoh 14 hari. Seperti yang diketahui, dalam tempoh menanggung kerja kali ke -2, tidak boleh ambil cuti rehat dalam tempoh 14 hari melainkan cuti kecemasan.

    terima kasih.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here