Home info Kelas Peperiksaan Tingkatan 5 dan 6 Akan Ke Sekolah Terlebih Dahulu

Kelas Peperiksaan Tingkatan 5 dan 6 Akan Ke Sekolah Terlebih Dahulu

54
0

Menteri Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin dalam wawancara Soal Rakyat TV3 menjelaskan bahawa pelajar yang bakal menduduki peperiksaan akan ke sekolah dahulu, selepas Kementerian Kesihatan Malaysia mengisytiharkan keadaan benar-benar selamat nanti.

Kelas peperiksaan yang dimaksudkan itu adalah pelajar dari Tingkatan 5 dan 6 yang bakal menduduki peperiksaan SPM dan STPM.

Kementerian juga akan mengeluarkan SOP khusus mengenai bagaimana proses pembelajaran untuk pelajar yang terlibat.

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Jika sebelum ini dalam kelas ada 35 orang murid, selepas ini mungkin hanya 15 orang sahaja dalam satu kelas. Ia bagi memastikan semua pelajar dapat menjaga jarak sosial.

Rakaman wawancara boleh ditonton di bawah:

https://www.facebook.com/552890381416295/posts/3145410952164212/

Ia merupakan cabaran baharu bagi kementerian untuk memastikan pelajar dapat belajar dengan baik dan dalam masa yang sama dapat mengamalkan norma baharu dalam dunia pendidikan.

Sebagai contoh, waktu makan pelajar juga akan mempunyai garis panduannya, jika sebelum ini pelajar akan rehat serentak ke kantin, selepas ini mungkin makanan akan disediakan terus kepada pelajar atau waktu rehat akan diberikan secara berperingkat, bukan lagi serentak supaya tidak berlaku kesesakan di kantin sekolah.

Beliau percaya, sekolah khususnya guru-guru akan dapat membantu memastikan SOP ini dapat dipatuhi dengan baik. Norma Baharu pendidikan ini akan diterapkan kepada pelajar supaya dapat diamalkan dengan jayanya di sekolah.

Dalam wawancara itu juga beliau menjelaskan maksud dari Tema Hari Guru 2020, Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu.

Bertepatan dengan situasi Covid-19 ini, belajar bukanlah semata-mata untuk peperiksaan, tetapi untuk ilmu yang boleh digunakan dalam kehidupan.

Pelajar pada masa kini merupakan pemimpin generasi akan datang. Merekalah yang akan menjadi pemimpin buat negara, belajar bukan terhenti bila tamat sesi persekolahan tetapi ia berlaku sepanjang masa.

Sambutan hari guru pada tahun ini sudah pasti agak berbeza dengan tahun-tahun sudah. Namun ia tetap akan disambut dengan kaedah dan cara yang berbeza.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here