Kenyataan Media Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Berkaitan Kajian Penambahbaikan Matapelajaran Pendidikan Islam oleh Pasukan Petugas Khas Pendidikan Islam (PPKPI) di bawah Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK)

Sukacita dimaklumkan bahawa Pasukan Petugas Khas Pendidikan Islam telah ditubuhkan di bawah Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) Kementerian Pendidikan pada 15 April 2019 untuk mengkaji pelbagai aspek mengenai matapelajaran Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan dan mencadangkan penambahbaikan yang bermanfaat kepada semua murid, guru, ibu bapa, dan masyarakat Malaysia pada amnya.
Untuk tujuan itu, kami ingin menjemput individu, kumpulan dan institusi untuk berkongsi isu dan cabaran serta mengemukakan cadangan untuk menambahbaik dan membawa kemajuan kepada Pendidikan Islam melalui tinjauan ini.
https://forms.gle/SeVw82uoR2r8vnfp8
Tarikh Tutup: 15 Julai 2019
Tinjauan ini dicadang untuk dilaksanakan bagi melihat pandangan-pandangan relevan dan sesuai yang boleh diambil kira untuk meningkatkan kualiti mata pelajran Pendidikan Islam. Ia bukanlah satu undian atau petisyen untuk memberikan sebarang tekanan yang tidak wajar.
PPKPI komited dan jelas dengan tujuan dan keberhasilan utama kajian ini iaitu untuk memartabatkan Pendidikan Islam di SK.










Hala tuju pendidikan yg lebih jelas. Aras silibus terlalu tinggi. Tekankan pd asas iaitu méngaji dan solat.
Kaedah berpasangan guru yg masuk ke dlm kelas bagi satu2 masa, rasanya tak praktikal, ada yg lepas tangan