Home info 3 Model Pengoperasian Pembukaan Penuh Sekolah

3 Model Pengoperasian Pembukaan Penuh Sekolah

16
0

Tentunya ibu bapa tertanya-tanya, bagaimanakah situasi persekolahan anak-anak apabila sekolah dibuka sepenuhnya kelak?

Untuk makluman, ruang dan kapasiti setiap sekolah adalah berbeza. Setelah mengambil kira aspek penjaraKan sosial, ada sekolah yang dapat menampung kehadiran murid seperti biasa dan ada juga yang sebaliknya.

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Oleh yang demikian, pengoperasian sekolah perlu dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan berbeza mengikut kapasiti dan keupayaan masing-masing.

Berdasarkan analisis dan perincian yang telah dilaksanakan, KPM telah mengenal pasti 3 model pengoperasian pembukaan penuh sekolah yang perlu dijadikan panduan oleh pentadbir sekolah mengikut kesesuaian dan situasi di sekolah masing-masing.

Model pertama adalah Model Satu Sesi.

model 1 sesi

Model ini ialah untuk sekolah yang mempunyai bilik darjah atau ruang yang mencukupi bagi menernpatkan semua murid dalam satu sesi, setelah mengambil kira penjarakan sosial.

Model kedua adalah Model Dua Sesi.

model pengoperasian buka sekolah

Model ini ialah untuk sekolah sedia ada yang telah beroperasi secara dua sesi ataupun sekolah satu sesi yang kini perlu beroperasi secara dua sesi kerana tidak mempunyai ruang yang mencukupi bagi menempatkan semua murid dengan mengambil kira penjarakan sosial.

Model yang ketiga adalah Model Penggiliran.

model buka sekolah

Model ini ialah untuk sekolah yang tidak mempunyai ruang mencukupi bagi menempatkan semua murid walaupun dengan melaksanakan model dua sesi.

Kebanyakan sekolah di dalam kategori ini adalah sekolah yang terletak dalam kawasan berkepadatan penduduk yang tinggi.

Bagi Model Penggiliran untuk sekolah menengah, murid Tingkatan 5 dan 6 perlu hadir ke sekolah setiap hari.

Manakala kehadiran murid Tingkatan 1 hingga 4 perlu dibuat secara bergilir-gilir mengikut kelas atau aliran tertentu.

Pihak sekolah hendaklah menentukan bentuk penggiliran yang sesuai berdasarkan keperluan murid.

Contohnya, jika sekolah mempunyai ruang yang mencukupi, murid Tingkatan 4 akan turut hadir setiap hari.

Keutamaan diberi sebagai persediaan untuk menduduki peperiksaan SPM pada tahun hadapan.

Bagaimana pula model penggiliran bagi murid sekolah rendah?

Murid Tahun 1 hingga 6 boleh hadir secara bergilir-gilir mengikut kelas atau tahap. Dalam hal ini, pihak sekolah yang menentukan bentuk penggiliran bersesuaian.

Untuk model penggiliran ini, kaedah pembelajaran murid adalah secara hybrid, iaitu secara bersemuka di sekolah semasa hari persekolahan dan secara Home-Based Learning di rumah untuk hari-hari yang mereka tldak dijadualkan berada di sekalah.

Maklumat senarai sekolah mengikut model yang telah ditetapkan akan dimaklumkan oleh KPM selewat-lewatnya seminggu sebelum sekolah dibuka semula sepenuhnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here