Home info Jawatan Kosong Pensyarah Akademik Kolej Matrikulasi 2023

Jawatan Kosong Pensyarah Akademik Kolej Matrikulasi 2023

79
0

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PENSYARAH AKADEMIK KOLEJ MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2023

1. JAWATAN KOSONG

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

1.1. Jawatan : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG44/DG48/DG52 (KUJ) Kolej Matrikulasi

1.2. Kementerian : Kementerian Pendidikan Malaysia

1.3. Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional

1.4. Klasifikasi Perkhidmatan : Pendidikan

2. SYARAT-SYARAT UMUM

2.1. PPP Gred DG44/ DG48/ DG52 yang sedang berkhidmat di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP);

2.2. Markah wajaran Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT/ PBPPP) sekurang-kurangnya 85 % bagi tahun 2020, 2021 dan 2022;

2.3. Bebas daripada tindakan tatatertib;

2.4. Telah mengisytiharkan harta dalam tempoh 5 tahun;

2.5. Bebas daripada senarai peminjam tegar pinjaman pendidikan institusi/ tabung pendidikan; dan

3. SYARAT-SYARAT KHUSUS

3.1. Mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan bagi kursus yang dimohon;

3.2. Fasih dalam Bahasa Inggeris (penulisan dan pertuturan);

3.3. Bagi permohonan sebagai Pensyarah Bahasa Inggeris, PPP perlu berada pada tahap penguasaan minimum Common European Framework of Reference For Languages (CEFR) C1;

3.4. Sihat fizikal dan tidak mempunyai sakit kronik; dan

3.5. Sedia berkhidmat di kolej matrikulasi yang ditawarkan sekurangkurangnya 3 tahun; dan

3.6. Diperaku oleh Ketua Jabatan.

4. CARA MEMOHON

4.1. Pemohon hendaklah melengkapkan maklumat yang diperlukan seperti di Lampiran A.

Maklumat Iklan: Lampiran A

Borang: Borang Permohonan

4.2. Mencetak maklumat permohonan secara depan belakang, mengepilkan maklumat berdasarkan senarai semak dan mengemukakan permohonan kepada Ketua Jabatan bagi tujuan sokongan.

4.3. Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan tidak akan dipertimbangkan.

4.4. Mengemukakan borang permohonan dan dokumen sokongan ke alamat seperti berikut:

Pengarah Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 6 & 7, Blok E15, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA (u.p.: Unit Perkhidmatan, Saraan dan Perjawatan)

4.5. Iklan ini adalah dibuka bagi tempoh sepanjang tahun

5. KEKOSONGAN JAWATAN

Kekosongan jawatan adalah bagi subjek seperti berikut:

  • Biologi
  • Fizik
  • Kimia
  • Sains Komputer
  • Matematik
  • Bahasa Inggeris
  • Perakaunan
  • Pengurusan Perniagaan
  • Ekonomi
  • Pengajian Am 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here