Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Sabah mempelawa individu yang berkelayakan bagi memohon kekosongan jawatan seperti berikut:
- Jawatan: Guru Kafa
- Taraf Jawatan: Kontrak (Akan diperbaharui setiap tahun)
- Kadar Elaun Guru Kafa: RM900 Sebulan
- Caruman KWSP: Majikan RM107 , Pekerja 8% atau 11%
- Jumlah Jam Bekerja: 40 Jam Sebulan
- Kemudahan Cuti Sakit: 15 Hari Setahun
- Cuti Rehat Khas: 7 Hari Setahun
Syarat Memohon Guru Kafa
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang dari 21 tahun dan tidak melebihi 60 tahun.
- Sihat tubuh badan.
- Memiliki SPM dengan:
- Lulus Bahasa Melayu
- Kepujian Pendidikan Islam atau Pendidikan Al-Quran dan Sunnah atau Kepujian Pendidikan Syariah Islamiah
- Lulus Bahasa Arab atau setaraf dengannya.
Bagi kawasan-kawasan pedalaman syarat kelayakan Guru Kafa adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam Garis Panduan 39 (1) a, b, c dan:
- Merupakan lepasan Sekolah Menengah Agama atau Sekolah Menengah Kebangsaan dengna kepujian dalam Pendidikan Islam.
- Merupakan lepasan Pusat Latihan Islam dan Pusat Latihan Dakwah atau Institut Latihan dan Kemahiran Jakim.
- Bersedia ditempatkan di mana-mana sekolah/kelas KAFAdi seluruh negeri Sabah.
Cara Memohon Guru Kafa
Kepada mereka yang berminat untuk memohon bolehlah mengisi Borang D iaitu Borang Permohonan Guru Kafa dan menyertakan salinan Kad Pengenalan, SIjil Kelahiran, serta sijil-sijil akademikyang berkaitan dan disahkan.
Setelah melengkapkan borang tersebut, bolehlah dihantar ke alamat berikut:
Unit Kafa
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Cawangan Sabah
Aras 6, Blok A, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah
Jalan UMS, Peti Surat 14725
88450 Kota Kinabalu Sabah
(Pengambilan Guru Kafa)
Laman Web: jakimsabah.islam.gov.my
Atau boleh juga menghantarnya melalui emel di:
adibahwasimin@islam.gov.my
Calon-calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat akan dihubungi bagi menghadiri temuduga.
Tarikh Tutup: 7 Disember 2017 (Khamis)
Apakah skop kerja Guru Kafa ini?
Seperti mana yang kita sedia maklum, guru kafa ini merupakan tenaga pengajar bagi Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain iaitu program berkonsepkan pengukuhan perkara asas Pendidikan Islam dengan memberi penekanan kepada kemahiran membaca Al-Quran dan asas-asas Fardhu Ain. Tugas-tugas guru Kafa adalah seperti berikut:
- Menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) dan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) di dalam Buku Rekod Mengajar (BRM);
- Menandatangani Buku Kedatangan Guru (BKG) setiap kali hadir bertugas;
- Merekod kehadiran murid dalam Jadual Kedatangan Murid (JKM);
- Melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) sebagaimana yang ditetapkan oleh Garis Panduan ini dan tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa;
- Menyediakan Laporan Kehadiran Bulanan Guru KAFA dengan menggunakan Borang G Jadual sebelum atau pada tujuh haribulan pada bulan berikutnya kepada Penyelia di peringkat daerah, bahagian atau parlimen;
- Memastikan keselamatan murid sentiasa terjaga dan diawasi sepanjang perjalanan KAFA; dan
- Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Agensi Bertanggungjawab dari semasa ke semasa.
Semoga info dan maklumat jawatan kosong guru Kafa ini dapat memudahkan kepada mereka yang sedang mencari pekerjaan khasnya yang berada di Negeri Sabah. Jangan lupa untuk kongsikan kepada rakan-rakan, sanak saudara dan kepada mereka yang berminat.