Home info Penjelasan Menteri Pendidikan Berkenaan Pembayaran Pengawas dan Pemeriksa SPM & UPSR

Penjelasan Menteri Pendidikan Berkenaan Pembayaran Pengawas dan Pemeriksa SPM & UPSR

78
0

Ramai yang bertanya berkenaan pembayaran Pengawasan dan Pemeriksa SPM & UPSR, berikut merupakan penjelasan dari Menteri Pendidikan berkenaan isu kelewatan pembayaran.

Kami banyak menerima persoalan berkaitan pembayaran pengawasan dan pemeriksaan membabitkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2018. Untuk itu, berikut merupakan jawapan kepada persoalan-persoalan yang dibangkitkan.

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

1. Siapakah pengawas SPM dan UPSR?

Pengawas SPM dan UPSR ialah mereka yang terlibat mengawasi perjalanan kedua-dua peperiksaan berkenaan di pusat-pusat peperiksaan di seluruh negara.

2. Siapakah pemeriksa SPM dan UPSR?

Pemeriksa SPM dan UPSR pula ialah mereka yang diberikan tanggungjawab untuk menyemak dan memberi markah kepada skrip jawapan calon bagi kedua-dua peperiksaan berkenaan.

3. Bilakah pembayaran pengawasan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2018 akan diselesaikan?

Pihak Lembaga Peperiksaan (LP) melalui Sektor Penilaian dan Peperiksaan di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) seluruh negara telah berusaha sehabis baik untuk membuat pembayaran pengawasan SPM sebelum penghujung bulan Mac 2019. Semua peruntukan berkenaan telah diturunkan ke JPN untuk tujuan ini.

4. Bilakah pembayaran pemeriksaan SPM 2018 akan diselesaikan?

Terdapat 23 ribu pemeriksa SPM yang membuat tuntutan. Secara umumnya, tuntutan ini terbahagi kepada dua iaitu tuntutan ikhtisas dan tuntutan perbatuan.

Pembayaran kepada tuntutan ikhtisas telah mula dilaksanakan mulai 8 April 2019 dan dijangka dapat diselesaikan pada penghujung bulan Mei 2019. Pembayaran kepada tuntutan perbatuan pula akan dibayar selepas itu.

5. Bagaimana pula dengan pembayaran kepada pengawasan dan pemeriksaan UPSR 2018?

Pihak LP telah menyelesaikan pembayaran melibatkan pengawasan dan pemeriksaan UPSR 2018 dan jika terdapat mana-mana kes terpencil yang belum menerima bayaran ia mempunyai kaitan dengan masalah teknikal melibatkan pihak bank.

DR MASZLEE MALIK
MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
10 APRIL 2019

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here