KANGAR: Bapa kepada seorang murid tahun 5 telah membuat laporan polis terhadap seorang guru kerana didakwa telah merotan anaknya sehingga mengalami bengkak dan lebam di bahagian betis.

Kejadian yang berlaku di sebuah Sekolah Kebangsaan di Kangar itu, disedari apabila anaknya menangis seolah-olah menahan kesakitan ketika sedang Solat Zohor.

Ketika beliau memeriksa betis anaknya dan memdapati ada kesan rotan dan membengkak.

Menurut bapa murid tersebut, anaknya memberitahu bahawa telah dirotan dengan pembaris sepanjang 1 meter. Menurutnya lagi, pembaris yang digunakan untuk memukul anaknya itu juga telah patah.

Pada mulanya beliau enggan untuk melaporkan kepada pihak polis, namun pihak klinik memintanya mengikut prosedur kerana mungkin wujudnya kes penderaan.

Menurutnya, setakat ini, lebih mengecewakan apabila hari ini sudah masuk hari keempat, namun pihak sekolah dan guru belum memohon maaf meskipun kami pernah bertemu pada Selasa lalu.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Beliau mahu, pihak JPN dan pihak berkuasa mengambil tindakan yang sewajarnya. Kecederaan pada anaknya masih belum pulih dan diberikan cuti sakit sehinggga esok.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Asisten Superintenden Abdul Shukor Yusoff mengesahkan ada menerima laporan berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas seseorang.

Buat masa ini kita belum menahan guru terbabit, sebarang tindakan selanjutnya akan dimaklumkan kemudian,” katanya.

Untuk tidak terlepas info penting follow: telegram.me/pendidik2u