Home info Isu Khat Jawi, Semua Perlu Patuhi Keputusan KPM

Isu Khat Jawi, Semua Perlu Patuhi Keputusan KPM

42
0

Isu berkenaan Pengajaran Khat di Sekolah Vernakular nampaknya masih belum reda, biarpun KPM telah mengeluarkan kenyataan media berkenaan hal ini.

Antara perubahan yang dibuat, seperti pengumuman Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik pada 3 Ogos lalu, ialah pelaksanaan pembelajaran ialah secara pilihan dengan guru diberi kuasa menetapkan kaedah pengajaran, serta pengurangan halaman daripada enam kepada tiga muka surat.

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Antara sebab kenapa tulisan rasmi Bahasa Melayu ditukar daripada Jawi kepada Rumi pada masa lalu adalah kerana mengambil kira keperluan masyarakat bukan Melayu, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Terdahulu, Mahathir juga mengecam pertubuhan pendidikan Cina, Dong Zong sebagai “rasis”.

Dong Zong tiga hari lalu melancarkan petisyen bagi menggesa kerajaan membatalkan pelaksanaan pembelajaran tulisan Jawi di sekolah vernakular. Mendakwa langkah kerajaan memperkenalkan tulisan Jawi di sekolah sebagai satu bentuk “Islamisasi”.

Pertubuhan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina dan Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Dong Jiao Zong) menolak label rasis yang dilemparkan Perdana Menteri terhadap mereka.

“Dong Jiao Zong menegaskan bahawa pendirian kami selama ini adalah untuk membangunkan pendidikan bahasa ibunda dan menggalakkan kepelbagaian budaya antara kaum di negara kita.

“Dong Jiao Zong bukan satu-satunya badan yang menolak pengajaran seni khat di sekolah jenis kebangsaan, tetapi pandangan ini mewakili suara arus perdana dalam komuniti non-Muslim di Semenanjung, Sabah dan Sarawak,” katanya.

Dalam pada itu, satu Petisyen menggesa kerajaan mengharamkan kumpulan pendesak Cina, Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) yang dilancarkan oleh Gerakan Pengundi Sedar (GPS) sudah memperoleh lebih 100,000 tandatangan.

Selain itu, Pemuda Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) juga telah melancarkan petisyen menerusi tandatangan dalam talian di Change.Org.

(Armada) melancarkan petisyen atas talian itu bagi mengumpul sokongan menggesa pengharaman Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong).

Sementara itu, undian di Pendidik2u terus bersaing sengit menerusi Poll yang telah disediakan. Kepada yang ingin melihat kedudukan semasa boleh ke:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here