Hari Sukan Negara kembali lagi dan akan diadakan pada 14 Oktober 2017. Dengan kehangatan Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 yang masih membara, pihak KBS akan membawa atlet-atlet yang telah mengharumkan nama negara untuk turun menyertai aktiviti-aktiviti HSN di kawasan asal mereka.
Untuk sambutan HSN peringkat kebangsaan pula, ianya akan berlangsung di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, KL Sports City, pada pagi 14 Oktober.
Maklumat lanjut akan melalui laman media sosial HSN. Sila juga kongsikan jika rakan-rakan berminat untuk mengadakan aktiviti sukan sempena Hari Sukan Negara pada 14 Oktober.
Kebiasaannya Hari Sukan Negara turut disambut di sekolah, para pelajar dan guru akan mengadakan aktiviti sukan di perkarangan sekolah dan turut disertai penjaga yang berminat.
Mengikut Cuti Sempena Perayaan Sekolah juga sebenarnya sudah boleh bercuti sempena Deepavali pada minggu tersebut iaitu:
- Negeri Kumpulan A: 13-21Oktober 2017
- Negeri Kumpulan B: 14-22 Oktober 2017









